KUALA LUMPUR: Polis meminta orang ramai menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas untuk ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang akan berlangsung mulai esok hingga Ahad ini di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam tempoh itu, 100 anggota polis ditugaskan menjaga lalu lintas dan ketenteraman awam di lokasi tersebut.
Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras hari ini, beliau berkata polis menjangkakan 90,000 pengunjung hadir ke program berkenaan.
"Saya menasihatkan orang ramai yang hadir ke acara itu agar menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan lalu lintas memandangkan ada acara lain dianjurkan pada masa sama di sana seperti perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 (8 Dis), Konsert Gegar Vaganza di Axiata Arena (10 Dis) dan Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki (JWC) 2023 (5-15 Dis).
"Orang ramai juga tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di bahu jalan sekitar laluan masuk dan keluar stadium atau berdepan tindakan saman dan tunda akan diambil kepada kenderaan yang menghalang lalu lintas," katanya.
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI diadakan untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat oleh Kerajaan Perpaduan sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 24 Nov tahun lepas.
Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju kerajaan bagi membina kepercayaan serta keyakinan antara kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala.
Mengulas tentang kawalan keselamatan ketika final Piala Malaysia 2023 pada malam esok, Zam Halim berkata polis menjangkakan 85,000 penyokong bola sepak bakal membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan pertembungan antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC)
"Sebanyak 1,400 anggota daripada pelbagai agensi termasuk polis akan ditugaskan mengawal lalu lintas dan menjaga kenteraman awam di lokasi berkenaan," katanya.
Beliau berkata polis turut memberi amaran tegas kepada mana-mana individu agar tidak mencetuskan kekacauan, rusuhan serta provokasi melampau semasa perlawanan dan selepas tamat perlawanan bola sepak itu.
Sementara itu, mengulas mengenai kes kanak-kanak berumur enam tahun yang maut disyaki didera di sebuah flat perumahan di Bandar Tun Razak di sini, Zam Halim berkata polis merakam keterangan penjaga disyaki terlibat dalam insiden tersebut semalam, dan kes masih dalam siasatan.
Isnin lepas, polis memaklumkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun disahkan meninggal dunia disyaki didera dan diabaikan oleh penjaganya di sebuah flat perumahan di Bandar Tun Razak, pada Sabtu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Polis meminta orang ramai menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas untuk ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang akan berlangsung mulai esok hingga Ahad ini. - BERNAMA
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Operasi kaunter saman trafik dilanjut hingga 9 malam ini - Bukit Aman
Tempoh operasi kaunter diskaun saman trafik yang dibuka sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, dilanjutkan sehingga 9 malam ini.
PM Anwar luang masa tinjau Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI
Perdana Menteri meluangkan masa meninjau Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pemeriksaan gigi percuma pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI
Kementerian Kesihatan (KKM) menawarkan pemeriksaan gigi percuma termasuk pembersihan karang gigi atau scaling dan tampalan sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasiona
Kaunter diskaun saman trafik pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI meriah
Seawal 7 pagi, orang ramai sudah mula beratur untuk membayar saman, walaupun kaunter hanya dibuka pada 9 pagi.
Program Setahun Kerajaan MADANI: Polis minta orang ramai guna pengangkutan awam
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam tempoh itu, 100 anggota polis ditugaskan menjaga lalu lintas dan ketenteraman awam di lokasi tersebut.
Program setahun MADANI peluang rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program yang akan berlangsung di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan menawarkan informasi secara terus kepada rakyat.
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Bukit Jalil pada 8-10 Dis
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI akan berlangsung pada 8 hingga 10 Dis di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, ibu negara.