KOTA KINABALU: Program vaksinasi COVID-19 penting dalam memberi keyakinan kepada pelabur untuk membuat lebih banyak pelaburan di Sabah, seterusnya merancakkan kembali ekonomi negeri ini, kata bekas Ketua Menteri Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Justeru, beliau berkata Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan perlu diberi sokongan semua pihak bagi menjadikan Sabah sebagai pemain ekonomi yang proaktif terutama pada pasca-COVID-19.
"Bank Negara juga sudah meramalkan kadar ekonomi Malaysia kembali positif tahun ini jika program vaksinasi COVID-19 bergerak seperti yang dirancang.
"Kita lihat sahaja kecepatan pemulihan ekonomi negara jiran kita Indonesia (4.99 peratus) dan Singapura (31.67 peratus) kerana program vaksinasi membantu kerajaan mengawal COVID-19 dengan lebih cekap dan membolehkan tumpuan diberikan kepada pemulihan ekonomi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sehubungan itu, Salleh yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia meminta kerajaan mempercepat pelaksanaan program vaksinasi untuk rakyat bagi kepentingan bersama.
"Di kala kita sibuk berbahas tanpa henti mengenai prosedur operasi standard, membimbangkan apabila pendaftaran dan vaksinasi rakyat Sabah amat rendah iaitu hanya 16.6 peratus berdaftar dan 3.2 peratus yang sudah divaksin.
"Kadar vaksinasi negara juga umumnya rendah sekitar 3.6 peratus jika dibandingkan dengan negara-negara lain di rantau Asia Tenggara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 15 2021
Salleh meminta kerajaan mempercepat pelaksanaan program vaksinasi untuk rakyat bagi kepentingan bersama. - Bernama
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah meninggal dunia
Seorang lelaki yang bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York, Amerika Syarikat (AS) di mana perbicaraan bekas Presiden AS, Donald Trump, sedang berlangsung dilaporkan meninggal dunia.
Ketegangan selesai jika iktiraf Palestin sebagai negara
Ketegangan antara Israel dan Iran, serta konflik lain di rantau itu tidak akan diselesaikan melainkan pengiktirafan palestin sebagai sebuah negara.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Pelajar perlu jelaskan status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah - JPNS
Pengarah JPNS Datuk Dr Roslan Hussin berkata ibu bapa dan penjaga juga digesa memaklumkan status kesihatan anak mereka bagi memastikan segala maklumat berkaitan diambil maklum pihak sekolah sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini.
Guna nama Kementerian Komunikasi untuk memperdaya
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
Menteri Luar Singapura antara yang terima surat dengan ugutan dan imej yang dimanipulasi
Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan merupakan antara beberapa Ahli Parlimen di negara ini yang menerima surat berbaur ugutan beserta imej yang dimanipulasi.
Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t
Kertas Putih Kesihatan: Tanpa PICK, kes COVID-19 lebih 10 juta - KKM
Kerajaan Malaysia telah berjaya menguruskan pandemik COVID-19 menerusi pendekatan multi strategi.
KKM hargai penglibatan NGO bantu jayakan program vaksinasi
Inisiatif seperti program vaksinasi dari rumah ke rumah yang digerakkan NCSM membantu KKM menjayakan PICK.
'Kerajaan sementara' ini berjaya capai banyak perkara jangka masa panjang - Khairy
Kerajaan yang dianggap sebagai kerajaan sementara ketika ini dilihat berjaya mencapai banyak perkara jangka masa panjang.
Hanya 4 kes AEFI serius babit kanak-kanak di Perak
Bagi remaja pula, sebanyak 23 kes dicatatkan dalam tempoh yang sama.
COVID-19: Kerajaan perlu pertimbang wajibkan dos ketiga
Langkah ini penting kerana jika tidak dilaksanakan ia boleh memberi masalah sistem kesihatan negara.
Vaksin COVID-19: 33.9 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sejumlah 1,733,437 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
PICKids: 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
Sejumlah 1,727,791 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.
Mahkamah Tinggi tolak saman pemula difailkan penuntut berhubung kesan vaksinasi
Hakim Datuk Amarjeet Singh, berkata Mahkamah Timbang Tara tiada bidang kuasa untuk mendaftarkan award semakan kehakiman.
1,161,503 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 48.1 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.