Usahawan muda dengan impian untuk menjana pembangunan mampan buat masyarakat setempat kini mempunyai peluang cerah untuk mencapai cita-cita mereka.
Program Youth Co:Lab anjuran Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) bersama Citi Foundation dan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) buat pertama kalinya dilancarkan di Malaysia pada Rabu.
Program yang sudah beroperasi di 11 buah negara di seluruh dunia termasuk Thailand, Filipina dan Nepal ini akan melatih usahawan sosial muda yang terpilih untuk menyertai bootcamp dan peserta yang dipilih akan dapat mewakili negeri dan kemudian Malaysia ke acara cabaran Youth Co:Lab Asia Pasifik.
Tiga negeri dipilih untuk menjadi lokasi bootcamp ini termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah.
Peserta yang dipilih harus menawarkan jalan penyelesaian kepada isu-isu semasa yang melibatkan masyarakat setempat menerusi inovasi dan keusahawanan sosial.
Program ini akan bermula pada September 2018 dan akan menghubungkan usahawan muda dengan pakar-pakar dalam industri, pemimpin kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, pelaburan dan pihak swasta, untuk membantu mengembangkan idea mereka dan mencipta model perniagaan yang sesuai bagi menyelesaikan isu terbabit.
Antara isu yang dipandang berat termasuk mengenai golongan tanpa dokumen identiti yang dikenali sebagai salah satu masalah di negeri Sabah.
Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC Ashran Ghazi berkata pemilihan Sabah sebagai lokasi adalah salah satu cara bagi penganjur untuk membawa isu cabaran masyarakat ini ke arus perdana.
"Pada asasnya, program ini diwujudkan untuk memberi anak-anak muda peluang untuk mempelajari isu di bawah.
“Di peringkat Malaysia, kami telah memilih tiga isu utama iaitu mencipta peluang menjana pendapatan buat golongan tanpa dokumen, kemampanan alam sekitar dan penjimatan tenaga, serta keterangkuman kewangan.
“Tiga tema ini dipilih kerana mereka begitu dekat dengan masyarakat di Malaysia terutamanya golongan yang mungkin terpinggir dari arus semasa,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program tersebut di ibu pejabat MaGIC di Cyberjaya.
Sementara itu, Penyelaras Presiden PBB bagi Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, Stefan Priesner berkata anak-anak muda merupakan kunci kepada penyelesaian masalah di masa depan, terutamanya yang membabitkan kemajuan Agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
“Kami yakin jika anak-anak muda diberikan peluang untuk belajar dari pakar-pakar yang terbaik, mereka akan mampu menjadi salah satu penyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi sesebuah tempat. Di Malaysia, kami mahu berkongsi kejayaan program ini di negara-negara lain dan mengharapkan pulangan yang sama atau berlipat ganda di sini,” katanya.
Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Citi Malaysia dan wakil Yayasan Citi, Lee Lung Nien.
Permohonan dibuka dari hari ini sehingga 26 Oktober 2018. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://mymagic.my/youth_colab .
Nuradilla Noorazam
Wed Aug 15 2018

Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC Ashran Ghazi berkata pemilihan Sabah sebagai lokasi adalah salah satu cara bagi penganjur untuk membawa isu cabaran masyarakat ini ke arus perdana.

Isu bekalan minyak masak, ayam, telur dibentang dalam mesyuarat esok
Laporan terkini berhubung kedudukan bekalan minyak masak dalam paket satu kilogram, ayam dan telur dalam pasaran akan dibentangkan dalam mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi esok.

AWANI Ringkas: Kalwant Singh gagal rayuan, akan jalani hukuman mati Khamis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: OPR: Naik lagi 25 mata asas, kini 2.25 peratus
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Buat kandungan media sosial, polis boleh kenakan tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [06/07/2022] - Kadar OPR 2.25 peratus | Bukan untuk perniagaan | Lepas tuduhan edar dadah AWANI 7:45 [06/07/2022] - Kadar OPR 2.25 peratus | Bukan untuk perniagaan | Lepas tuduhan edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976806/thumbnails/13069823071657115619066_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [06/07/2022] - Kadar OPR 2.25 peratus | Bukan untuk perniagaan | Lepas tuduhan edar dadah
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nailah Huda Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Kadar Dasar Semalaman naik 25 mata. - Amaran, minyak masak peket satu kilogram hanya untuk isi rumah. - Tragedi kepala air Baling: Sanusi nafi sembunyi fakta projek Musang King.

Warga Malaysia Kalwant Singh jalani hukuman gantung subuh esok
Rakyat Malaysia, Kalwant Singh yang ditahan atas kesalahan mengedar dadah pada 24 Oktober 2013 akan menjalani hukuman gantung sampai mati esok, 7 Julai pada waktu subuh.

Pendidikan | Pembangunan sekolah di Sigi
Astro dan Maxis sentiasa menyokong kepentingan peranan pendidikan dalam menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi dan pembangunan komuniti yang mampan.
![[KOLUMNIS] Merakyatkan dan membumikan Parlimen agenda kita bersama [KOLUMNIS] Merakyatkan dan membumikan Parlimen agenda kita bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645870209_Parlimen.jpg)
[KOLUMNIS] Merakyatkan dan membumikan Parlimen agenda kita bersama
Dengan iltizam dan kesungguhan semua pihak terutamanya pemerintah, maka Parlimen Malaysia akan dilihat sebagai institusi bebas yang sangat mesra rakyat.

Misi Kemanusiaan | Astro, Maxis terima penghargaan bantu komuniti
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) dan Maxis Berhad (Maxis) hari ini menerima penghargaan daripada Yayasan Badan Usaha Milik Negara (BUMN) menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta atas usaha murni membantu membangunkan semula sekolah serta komuniti akibat gempa bumi dan tsunami Sulawesi pada 2018.

Permohonan Peguam Diraja UK wakili Najib diputuskan 21 Julai
Mahkamah Tinggi akan memutuskan pada 21 Julai sama ada Peguam Diraja dibenarkan mewakili Najib Razak dalam rayuan akhirnya berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta membabitkan SRC International.

64 peratus wanita kakitangan Citi Malaysia, dominasi pengurusan kanan
Ketua Pegawai Eksekutif, Citi Malaysia, Usman Ahmed berkata 64.7 peratus merupakan anggota pengurusan kanan bank.

Program Youth Co:Lab kini dilancarkan di Malaysia
Program yang sudah beroperasi di 11 buah negara di seluruh dunia termasuk Thailand, Filipina dan Nepal ini akan melatih usahawan sosial muda yang terpilih untuk menyertai bootcamp.