awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek durian Musang King di HSK Rimba Teloi bermungkinan tidak hadirkan risiko - Sanusi

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
03/08/2022
05:40 MYT
Projek durian Musang King di HSK Rimba Teloi bermungkinan tidak hadirkan risiko - Sanusi
Manurut Muhammad Sanusi, gambar bukit digondol yang dipaparkan pada muka hadapan sebuah akhbar tempatan, minggu lalu adalah gambar lama.- Foto Astro AWANI
BALING: Projek tanaman durian jenis Musang King di Hutan Simpan Kekal (HSK) Rimba Teloi, Sik berkemungkinan tidak menghadirkan risiko yang membawa kepada kejadian banjir dan kepala air seperti yang berlaku di beberapa kampung sekitar Kupang, bulan lalu.
Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, sekiranya projek itu berisiko kepada penduduk, ia sudah pasti tidak mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA).
Tambahnya, gambar bukit digondol yang dipaparkan pada muka hadapan sebuah akhbar tempatan, minggu lalu didakwa adalah gambar lama.
Ini kerana terdapat gambar yang lebih terkini bagi menggambarkan kawasan tersebut yang diperolehi melalui jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengkaji risiko projek itu.
"Pegawai Daerah (Sik) sudah tubuh jawatankuasa, bawa (pihak yang berkaitan) pergi melawat semua tempat-tempat yang berisiko, di Sik itu (atau HSK Rimba Teloi), dia punya muka bumi taklah tinggi macam Gunung Inas, kawasan berbukit juga tapi tak tinggi sangat, jarak dengan kampung terdekat itu dua kilometer.
"Di kawasan tanaman itu pokok-pokok sudah tumbuh iaitu pokok tutup bumi, bukanlah (gambar) gondol macam gambaran di akhbar itu, itu gambar lama, cucilah gambar baharu, sekarang ini bukan (zaman) kena cuci dah, pakai digital, (saya) ada gambar yang lebih baharu pada itu,
"Saya (telah) baca laporan pada jawatankuasa yang ditubuhkan di Sik itu, mungkin ada risiko tetapi kita harap tidak ada lah (risiko untuk berlaku kejadian seperti di Kupang), sebab (projek itu) telah diluluskan EIA," katanya di sini hari ini.
Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Rumah Mangsa Banjir Tragedi Kepala Air Lata Celak Kampung Iboi di Desa KEDA Kampung Sadek, Kupang pada Rabu.
Rabu lalu, sebuah akhbar melaporkan, HSK Rimba Teloi yang turut diteroka untuk diusahakan sebagai ladang hutan dan kini dimajukan dengan tanaman durian Musang King, didakwa berisiko untuk membawa kepada berlakunya tragedi ke­pala air dan banjir seperti di Gunung Inas pada 4 Julai lalu.
Berdasarkan tinjauan di kawasan terbabit, sekurang-kurangnya empat kolam takungan dipercayai untuk kegunaan projek tanaman tersebut berada di atas puncak bukit berkenaan melibatkan kompartment 66 dan 67 yang berkeluasan kira-kira 200 hektar.
Daripada pemerhatian juga, bahagian lereng bukit sudah ditarah menjadi teres yang dipercayai bagi penanaman durian Mu­sang King, sekali gus me­nim­bulkan persoalan sama ada ia mematuhi syarat 25 darjah ce­run yang digariskan dalam La­­poran Penilaian EIA.
Topic Berkaitan
#banjir baling
#Musang King
#MB Kedah
#Muhammad Sanusi Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan