MALAYSIA
Projek ECRL catat kemajuan keseluruhan 89 peratus setakat Oktober 2025 - CEO MRL
Darwis berkata projek ECRL merupakan antara projek infrastruktur nasional berimpak tinggi yang giat dilaksanakan Kerajaan Persekutuan sejak 2017. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencatatkan kemajuan keseluruhan sebanyak 89 peratus setakat Oktober 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak.
Ringkasan AI
Beliau berkata hasil daripada usaha bersepadu dan komitmen tinggi pasukan MRL bersama rakan pelaksana projek, sasaran kemajuan keseluruhan sebanyak 90 peratus menjelang hujung tahun ini semakin hampir dapat dicapai.
"Dengan persiapan kini beralih ke fasa ujian dan pentauliahan yang bakal bermula pada pertengahan tahun 2026, projek ini dijangka dapat memulakan operasi dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombakmenjelang Januari 2027.
"Manakala jajaran fasa dua ECRL antara Gombak dan Pelabuhan Klang dijangka beroperasi pada Januari 2028 sekali gus membuka lembaran baharu dalam landskap pengangkutan negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara kerajaan negeri Terengganu dan MRL bagi pemudahcara pembangunan berorientasikan transit (TOD) di stesen ECRL Negeri Terengganu, di sini, hari ini.
MoU tersebut dimeterai Setiausaha Kerajaan Terengganu Datuk Zulkifli Ali sebagai mewakili kerajaan negeri manakala MRL diwakili oleh Darwis dan disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar serta Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi MRL Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Darwis berkata projek ECRL merupakan antara projek infrastruktur nasional berimpak tinggi yang giat dilaksanakan Kerajaan Persekutuan sejak 2017.
Projek ECRL dengan skala pembinaan rel sepanjang 665 kilometer merentasi tiga negeri di Pantai Timur dan Selangor itu menjadi simbol komitmen tinggi kerajaan dalam memperkukuh jaringan pengangkutan strategik negara menerusi kerjasama erat antara Malaysia dan China.
Beliau berkata pembinaan jajaran ECRL di Terengganu yang meliputi jarak sepanjang 242 kilometer dan merangkumi enam stesen mencatat kemajuan pembinaan sebanyak 94.82 peratus setakat Oktober 2025, peratusan kemajuan tertinggi berbanding tiga negeri lain iaitu Kelantan, Pahang dan Selangor.
"Ia adalah satu pencapaian yang jelas menunjukkan kecekapan dan komitmen yang tinggi dalam pelaksanaan kerja di negeri itu," katanya.
Sementara itu Ahmad Samsuri menerusi ucapannya berkata MoU tersebut merupakan langkah strategik dalam memastikan pembangunan kawasan sekitar stesen ECRL dilaksanakan secara terancang dan berimpak tinggi, serta saling melengkapi perancangan negeri serta MRL.
"Ia juga merupakan komitmen kerajaan negeri untuk mengoptimumkan manfaat pembangunan ECRL sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi dan pelaburan swasta di Negeri Terengganu," katanya.
Beliau berkata, antara bidang utama kerjasama adalah penyelarasan rancangan pembangunan bersepadu bagi meningkatkan kadar penggunaan ECRL di Terengganu serta mengoptimumkan perancangan penggunaan tanah dan ketersediaan tanah di sekitar kawasan stesen ECRL di negeri itu.
Selain itu, katanya, ia juga bertujuan untuk menarik dan mempertingkatkan pelaburan swasta dan aktiviti komersial di kawasan sekitar stesen ECRL di negeri tersebut.
"Dengan sokongan struktur tadbir urus TOD di setiap daerah yang terlibat kita akan memastikan pembangunan berjalan dengan tersusun, bertanggungjawab dan berpaksikan kepentingan rakyat.
"Ini juga adalah masa yang terbaik untuk kita menarik para pelabur," kata Ahmad Samsuri.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencatatkan kemajuan keseluruhan sebanyak 89 peratus setakat Oktober 2025; sasaran mencapai 90 peratus menjelang hujung tahun 2026.
- ECRL dijangka memulakan operasi dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak pada Januari 2027, sementara fasa dua antara Gombak dan Pelabuhan Klang beroperasi pada Januari 2028.
- Pembangunan ECRL di Terengganu menunjukkan kemajuan terbaik dengan 94.82 peratus setakat Oktober 2025, menunjukkan kecekapan dan komitmen tinggi dalam pelaksanaan kerja di negeri tersebut.