MALAYSIA
Projek ECRL dijangka capai kemajuan 90 peratus pada Disember ini
Datuk Seri Darwis Abdul Razak (dua, kanan) hadir pada Majlis Penilaian Artikel Pertama Sistem Komunikasi, Informasi dan Semboyan (CIS) ECRL di Stesen ECRL Kota SAS hari ini. - Bernama
KUANTAN: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini berada di landasan tepat dan dijangka mencapai 90 peratus status kemajuan pembinaan menjelang Disember tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata pembinaan projek ECRL setakat April tahun ini mencatatkan kemajuan keseluruhan 82.45 peratus dengan Pahang mencatatkan status kemajuan 84.96 peratus, Terengganu (91 peratus), Kelantan (86 peratus) dan Selangor (67 peratus).
"Kesemua ini membuktikan kita mencapai satu kemajuan yang baik untuk kita siapkan (projek ECRL) sepenuhnya pada Disember 2026 dan dijangka (mula) beroperasi pada 2027, yang bermula di Stesen Kota Bharu hingga Gombak," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penilaian Artikel Pertama Sistem Komunikasi, Informasi dan Semboyan (CIS) ECRL di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Urusan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd Deng Bo.
Dalam pada itu, Darwis berkata pihaknya juga akan menyiapkan sistem CIS di 15 stesen di jajaran pertama ECRL dari Kota Bharu hingga Gombak pada penghujung tahun ini atau selewatnya pada suku tahun pertama 2026, manakala Jajaran Stesen Gombak hingga Port Klang akan siap pada Disember 2027.
"Mengikut pengalaman, kita berjaya menyiapkan (sistem CIS) dalam masa 40 hari untuk satu stesen...kerja yang kita buat sekarang di 15 stesen ini adalah untuk membolehkan kita melaksanakan ujian dan pemantauan operasi pada Jun 2026 nanti," katanya dan memaklumkan dua unit tren Electric Multiple Unit (EMU) akan sampai di Malaysia menjelang akhir tahun ini.
Mengenai harga tambang bagi pengangkutan itu, beliau berkata perkara itu akan diputuskan oleh Kementerian Pengangkutan bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta beberapa lagi agensi berkaitan.
"Sebagai asas, seperti yang disebutkan Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) harga bagi tambang tersebut mestilah berpatutan bagi rakyat," katanya.
Sementara itu, beliau memaklumkan kerja-kerja pengorekan Terowong Berkembar Genting sepanjang 16.39 kilometer kini hanya berbaki 200 meter dan dijangka siap sepenuhnya pada Jun tahun ini.
-- BERNAMA