awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek Ekonomi MADANI warga ATM jana pendapatan RM604,000 dalam 30 bulan

Bernama
Bernama
08/09/2025
09:45 MYT
Projek Ekonomi MADANI warga ATM jana pendapatan RM604,000 dalam 30 bulan
Mohamed Khaled menyaksikan majlis menandatangani MoA antara AKSPA, Mejar Jeneral Datuk Ts Reizal Arif Ismail dan Pengarah Urusan Bousted Plantation Datuk Zulkarnain Md Eusope di Kem Perdana Sungai Besi hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Projek Ekonomi MADANI yang diperkenalkan khusus untuk warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka mampu menghasilkan tanaman mencecah sembilan tan setahun dengan nilai pendapatan sehingga RM604,000 dalam tempoh 30 bulan akan datang.

Ringkasan AI
  • Projek Ekonomi MADANI untuk warga ATM dijangka menjana pendapatan sehingga RM604,000 dalam tempoh 30 bulan, melibatkan tanaman herba dan madu kelulut di 90 kem seluruh negara.
  • Projek ini dimulakan secara percubaan dan mendapat sambutan tinggi daripada keluarga anggota ATM, khususnya BAKAT, dengan peruntukan awal sebanyak RM10 juta.
  • Boustead Plantations dan LTAT akan membantu dari segi pembelian hasil dan pemprosesan produk, manakala projek ini juga menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata projek itu yang membabitkan keluarga anggota ATM di 90 kem seluruh negara akan dilaksanakan secara berfasa.
"Pada peringkat awal, projek ini dijalankan secara percubaan untuk melihat sama ada isteri anggota (Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) berminat dan ternyata permintaannya tinggi serta kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi menjayakannya," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini.
Beliau berkata bagi projek madu kelulut, Boustead Plantations Berhad akan menanggung separuh daripada kos pembinaan rumah kelulut manakala selebihnya ditanggung oleh kerajaan.
"Projek ini dimulakan dengan 22 kem dan akan diperluaskan secara berfasa sehingga melibatkan 90 kem dalam tempoh dua tahun setengah," katanya.
Mohamed Khaled berkata hasil tuaian projek itu akan dibeli oleh anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Plantations, untuk diproses kepada produk bernilai tambah yang memberi pulangan kepada warga ATM.
Selain madu kelulut, projek tanaman herba juga diperkenalkan melibatkan tanaman seperti pandan, serai dan ulam raja.
"Apabila keseluruhan ekosistem sudah tersedia, barulah sesuai untuk dilaksanakan di kem lain," katanya.
Menurutnya, setakat ini Kem Mahkota Kluang merupakan antara lokasi terawal yang mula mengeluarkan hasil dan memberi pendapatan sederhana kepada kira-kira 20 keluarga yang terlibat.
Berpotensi menjadi lebih lumayan pada masa depan, beliau berharap inisiatif itu dapat membuka peluang kepada warga ATM untuk turut serta dalam aktiviti ekonomi yang dirangka kerajaan supaya kem tentera tidak tercicir daripada menerima manfaatnya.
"Program ini juga merupakan satu usaha ke arah menyumbang kepada keterjaminan makanan dalam negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Projek Ekonomi MADANI
#warga Angkatan Tentera
#Mohamed Khaled Nordin
#tingkatkan pendapatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan