awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek elektrik dari Sarawak ke Singapura akan beroperasi menjelang 2031

Bernama
Bernama
13/05/2024
08:02 MYT
Projek elektrik dari Sarawak ke Singapura akan beroperasi menjelang 2031
Julaihi (foto) berkata projek sambung tara itu kini berada pada peringkat penyelidikan teknikal, termasuk kerja-kerja tinjauan laluan kabel dasar laut dan projek kabel itu akan ditaja jamin oleh Singapura. -Gambar fail/Bernama
KUCHING: Projek sambung tara bekalan elektrik dari Sarawak ke Singapura dijangka akan beroperasi secara komersial pada tahun 2031, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi.
Beliau berkata projek sambung tara itu kini berada pada peringkat penyelidikan teknikal, termasuk kerja-kerja tinjauan laluan kabel dasar laut dan projek kabel itu akan ditaja jamin oleh Singapura.
"Manakala, cadangan projek sambung tara bekalan elektrik dari Sarawak ke Semenanjung masih di peringkat kajian awalan oleh Sarawak Energy dan Tenaga Nasional Berhad (TNB)," katanya semasa menggulung perbahasan untuk kementeriannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
Julaihi berkata bagi projek sambung tara bekalan elektrik ke Sabah pula, bekalan elektrik akan disambung dari stesen pencawang Lawas di Sarawak ke stesen pencawang Mengalong di Sabah melalui talian penghantaran 275 kilovolt (kv) sepanjang 34 kilometer (km).
"Projek ini dijangka beroperasi pada suku keempat 2024.
"Walau bagaimanapun, ia adalah bergantung kepada siapnya penyambungan talian penghantaran dari Miri ke daerah Lawas di bawah projek Northern Grid Extension," katanya.
Beliau berkata, kadar tarif elektrik di Sarawak adalah yang terendah di rantau ini iaitu 28.05 sen per kilowatt-jam berbanding 34.5 sen per kilowatt di Sabah dan 40 sen per kilowatt-jam di Semenanjung Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#Singapura
#Julaihi Narawi
#Sarawak Energy
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan