MALAYSIA
Projek eskalator Batu Caves diteruskan, tertakluk penyelesaian teknikal - Gobind
Gobind berkata, Kerajaan Negeri dan pengurusan Kuil Batu Caves bersetuju semua peraturan perlu dipatuhi sepenuhnya sebelum pembinaan projek itu dilaksanakan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor dan pengurusan Kuil Batu Caves mencapai persefahaman untuk meneruskan projek pembinaan eskalator di kuil berkenaan, namun pelaksanaannya masih tertakluk kepada penyelesaian beberapa aspek teknikal, kata Pengerusi DAP Gobind Singh Deo.
Beliau berkata kedua-dua pihak bersetuju semua peraturan berkaitan perlu dipatuhi sepenuhnya sebelum pembinaan projek tersebut dilaksanakan.
"Kedua-dua pihak bersetuju bahawa bagi tujuan pembinaan ini, semua peraturan yang ditetapkan perlu dipatuhi dengan teliti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India, di sini, hari ini.
Sebelum itu, Gobind turut mengadakan pertemuan dengan pengurusan Kuil Batu Caves di Selangor bagi membincangkan isu berkenaan.
Gobind yang juga Menteri Digital dan Ahli Parlimen Damansara berkata isu tersebut timbul berikutan status unik Kuil Batu Caves yang tertakluk kepada satu perintah mahkamah lama yang mewujudkan sebuah badan amanah, sekali gus menjadikan proses permohonan pembinaan berbeza daripada prosedur biasa.
Beliau berkata pertikaian timbul apabila permohonan pembinaan eskalator didakwa dibuat atas nama individu, namun hasil penelitian mendapati permohonan tersebut dikemukakan oleh pihak kuil melalui Tan Sri R. Nadarajah selaku pemegang amanah bagi tujuan kuil berkenaan.
"Tidak timbul soal Tan Sri R. Nadarajah membuat permohonan dalam kapasiti peribadi. Ia dibuat dalam kapasiti beliau sebagai pengerusi kuil, khususnya sebagai pemegang amanah jawatankuasa kuil, dan bukan sebagai individu," katanya.
Exco Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan, Hal Ehwal Orang Asli dan Minoriti Selangor, V. Papparaidu, sebelum ini dilaporkan berkata, Kerajaan Selangor menolak permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi kegunaan komersial, termasuk cadangan pembinaan eskalator berkenaan, berdasarkan ketetapan perlembagaan.
Papparaidu berkata permohonan itu dikemukakan atas nama individu tanpa pendaftaran persatuan, sekali gus bercanggah dengan peraturan tanah di bawah Kanun Tanah Negara yang hanya membenarkan kelulusan diberikan kepada persatuan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Sementara itu, berhubung isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman atau lebih dikenali sebagai Kuil Jalan Masjid India yang diarahkan berpindah, Gobind berkata satu mesyuarat telah ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) esok dan akan dihadiri jawatankuasa serta pengurusan kuil.
"Saya akan memudah cara dan melihat bagaimana kita dapat membantu pihak kuil dalam perkara ini," katanya.
-- BERNAMA