awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek kem tentera Lahad Datu diteliti semula untuk kelulusan - Ismail Sabri

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
14/12/2020
08:06 MYT
Projek kem tentera Lahad Datu diteliti semula untuk kelulusan - Ismail Sabri
Kata Ismail Sabri, projek tersebut diluluskan oleh Jawatan Tender ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi sistem tender terbuka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kementerian Pertahanan sedang meneliti semula projek pembinaan kem tentera di Lahad Datu, Sabah bagi mempercepatkan proses kelulusan projek tersebut dalam usaha memperkasakan keselamatan sempadan negara.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek tersebut telah dirunding secara terus ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), sebelum ia dibuka secara tender terbuka oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Projek tersebut kemudian diluluskan oleh Jawatan Tender ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi sistem tender terbuka, tambah beliau.
"Baru-baru ini beberapa bulan yang lepas Jawatan Tender telah pun meluluskan pada satu syarikat untuk meneruskan projek tersebut melalui tender terbuka tetapi bila dihantar ke Kementerian Kewangan, dan kementerian itu tak bersetuju dengan Kementerian Pertahanan untuk tender tersebut dan pulang balik kepada kementerian.
"Kalau pulang balik ada tender semula, tiga kali (sejak zaman BN) maknanya pergi balik pergi balik, dan kem pun tidak siap, (namun) keselamatan kita masih lagi dalam keadaan baik dan terkawal," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika sesi Penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 Peringkat Jawatankuasa.
Dalam perkembangan sama, Kementerian Pertahanan menjadi kementerian ke-24 yang mendapat kelulusan RUU Perbekalan (Belanjawan) 2021 Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat, hari ini
Keputusan itu diumumkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, dengan sokongan majoriti Ahli Parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagian.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Kewangan
#keselamatan
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#Belanjawan 2021
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan