Melaka sedang menunggu jawapan mengenai tawaran secara formal yang dibuat kepada kerajaan persekutuan agar projek kereta nasional ketiga negara dapat 'dibawa' ke negeri itu, kata Ketua Menterinya, Adly Zahari.
Beliau berkata tawaran tersebut dibuat kerana yakin dan cukup bersedia dengan pelbagai kemudahan bagi projek kereta nasional baharu yang disuarakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu bertapak di kawasan Alor Gajah, Melaka.
"Kita telah berikan persetujuan kepada kerajaan pusat untuk projek itu (kereta nasional ketiga) dapat dibuat (operasi) di Melaka. Keyakinan itu kerana Melaka telah jayakan industri automotif Honda (termasuk semua sektor sokongannya) di Simpang Ampat, Alor Gajah.
"Kita harap kerajaan persekutuan akan memberi pertimbangan. Selain bersedia dengan infrastruktur automotif dan sektor sokongan kepada industri automobil yang banyak, kita juga telah sediakan tapak di kawasan dekat Alor Gajah," katanya kepada Bernama sebelum menjadi tetamu jemputan rancangan Ruang Bicara bertajuk 'Melaka ke Arah Era Baharu' terbitan Bernama News Channel di sini malam ini.
Pada Jun lalu, Dr Mahathir menyuarakan cadangan untuk mewujudkan jenama kereta nasional baharu, bagi menggantikan Proton yang sudah tidak dianggap sebagai jenama kereta nasional selepas hampir separuh ekuitinya dijual kepada syarikat asing, Geely.
Adly berkata sekiranya sektor automobil berkenaan berjaya bertapak dan berkembang secara lebih pesat di Melaka, ia akan merancakkan lagi sektor ekonomi negeri itu yang cukup sinonim melalui sektor pelancongan dengan kehadiran pengunjung seramai 17 juta pada tahun ini.
Dalam pada itu, beliau berkata Melaka turut bersedia menyediakan tapak bagi mewujudkan pusat pendidikan dari Jepun di negeri tersebut.
"Hasil lawatan perdana menteri ke Jepun, beliau ingin melihat universiti Jepun mewujudkan kampus cawangan di Malaysia bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia bukan sahaja didedahkan kepada sistem pendidikan negara itu, tetapi turut mempelajari budayanya.
"Kita juga akan menulis surat formal untuk tujuan itu kepada kerajaan persekutuan dalam minggu ini untuk tujuan berkenaan (diwujudkan kampus universiti Jepun)," jelasnya.
Mengulas lanjut berhubung Melaka ke arah era baharu, Adly berkata bagi menarik lebih ramai pelancong dianggarkan 20 juta ke Melaka pada tahun depan, kerajaan negeri sedang pesat membangunkan terminal Maritim melalui Melaka Gateway dan Royal Caribbean berkonsepkan 'Cruise Maritime' yang dijangka berlabuh di terminal berkenaan hujung tahun depan.
Menurut Adly, bagi perancangan jangka panjang, Melaka sedang membangunkan sektor industri pelabuhan di Kuala Linggi dan Tanjung Beruas.
"Di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir, beliau telah memberi keizinan untuk Melaka memulakan pembangunan pelabuhan di Kuala Linggi dan kita dapat lihat hasilnya paling cepat dalam tempoh lima tahun. Melaka juga antara penyumbang besar bagi sektor perindustrian negara, mencecah RM5 bilion setahun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 08 2018
ADLY: Kita harap kerajaan persekutuan akan memberi pertimbangan.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
Kerajaan sedang lengkapkan kertas dasar perkukuh industri pertahanan negara
Kementerian Pertahanan sedang melengkapkan kertas dasar bagi memperkukuhkan industri pertahanan negara.
Modul PLKN 3.0 dirangka sesuai umur peserta
PLKN 3.0 dijangka melibatkan pelajar sekolah menengah dan belia termasuk penuntut institusi pengajian tinggi.
Cuaca panas: ATM sedia kerjasama laksana operasi pembenihan awan - Adly
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia memberikan kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk melaksanakan operasi pembenihan awan.
Mindef laksana enam projek pembangunan di pantai barat Sabah, Labuan
Kementerian Pertahanan melaksanakan enam projek pembangunan di kem tentera yang terletak di sepanjang pantai barat Sabah dan Labuan.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.
AWAN perlu sedia pelan tindakan Wanita Amanah bagi hadapi PRU16 - Adly
Sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 kelak, Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) perlu menyediakan Pelan Tindakan Wanita Amanah.
Amanah sedia terima Pas dalam Kerajaan Perpaduan - Adly
Parti Amanah Negara (Amanah) terbuka menerima Pas dalam Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat, kata Naib Presiden Amanah, Adly Zahari.
Mindef sasar lebih 8,000 rumah keluarga siap pada 2025
Kementerian Pertahanan (Mindef) menyasarkan lebih 8,000 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) siap dibina menjelang 2025.
LCS: Mindef sedia bentang laporan setiap tiga bulan - Adly
Mindef akur dengan syor penambahbaikan PAC untuk membentangkan laporan kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) setiap tiga bulan.
Mindef bina Hospital Kem Terendak baharu bernilai RM325 juta tahun depan
Projek hospital dengan kapasiti 150 katil ini telah diluluskan tahun lepas dengan kos dianggarkan kira-kira RM325 juta.