awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek kolam selam tempur lewat siap: Jejas kebolehupayaan latihan GGK - PTD

Bernama
Bernama
16/04/2024
14:30 MYT
Projek kolam selam tempur lewat siap: Jejas kebolehupayaan latihan GGK - PTD
Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan bercakap pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Markas Taktikal Kem Gubir hari ini. - Foto BERNAMA
SIK: Kelewatan menyiapkan projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor boleh menjejaskan kebolehupayaan latihan pasukan Gerup Gerak Khas (GGK), kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Justeru beliau berharap projek yang mula dilaksanakan sejak 2018 itu dapat disiapkan segera oleh pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana keperluan penggunaan kolam tersebut adalah tinggi.
"Sebagai pengguna, memang kita sentiasa pantau dan perkara ini juga dibangkitkan setiap bulan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan TDM (Tentera Darat Malaysia) yang dipengerusikan Timbalan Panglima Tentera Darat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anggota dan pegawai operasi di Markas Taktikal Kem Gubir di sini, hari ini.
Menurut Muhammad Hafizuddeain, syarikat yang dilantik melaksanakan projek di bawah kelolaan JKR itu telah memohon enam kali ''lanjutan masa' (EoT) dan EoT terakhir pada 14 April lepas menyebabkan penyiapan projek berkenaan sudah mengalami kelewatan 647 hari.
"Saya difahamkan tahap pembinaan projek tersebut sudah di paras 97 peratus, maknanya hanya tiga peratus lagi namun mereka masih juga gagal untuk menyiapkannya," katanya.
Turut hadir pada majlis itu, adalah Panglima Medan Barat Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Zaidan Atan dan Panglima Latihan Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Marzuki Mokhtar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kolam selam tempur
#Kem Iskandar
#GGK
#Gerup Gerak Khas
#Panglima Tentera Darat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan