awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
PM Anwar terima kunjungan perpisahan Duta Besar Jerman, tekankan komitmen perkukuh kerjasama
MALAYSIA
Pesara guru rugi RM164,000 akibat klik pautan cabutan bertuah
SUKAN
FAM enggan ulas dakwaan campur tangan pihak luar dalam pasukan kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Projek Kota MADANI bukan sekadar sedia kediaman, dirancang menyeluruh - PM Anwar

Bernama
Bernama
30/06/2025
04:00 MYT
Projek Kota MADANI bukan sekadar sedia kediaman, dirancang menyeluruh - PM Anwar
Kota MADANI bakal merangkumi 10,000 unit kuarters kediaman berintensiti tinggi yang mampu menampung lebih 30,000 penduduk, sekolah menengah serta pelbagai kemudahan awam. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembangunan projek Kota MADANI baru-baru ini bukan sekadar menyediakan kediaman kepada penjawat awam, tetapi dirancang secara menyeluruh berasaskan nilai Malaysia MADANI.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata projek itu merupakan satu langkah strategik kerajaan MADANI bagi menyelesaikan isu perumahan penjawat awam yang masih belum memiliki kediaman sendiri dan menunggu giliran masing-masing.
"Ini bukan projek biasa yang sekadar sediakan rumah, tetapi kita beri satu keselesaan yang luar biasa... Sekolahnya dekat, masjid, gimnasium dan taman permainan, semua faktor diambil kira, ia satu kota yang moden berkonsep MADANI.
"Kota MADANI ini agak moden dengan konsep yang baharu, tetapi meletakkan, mengasaskan kepada nilai. Sebab itu penjawat awam perlu perhatikan faktor ini," katanya ketika berucap pada perjumpaan bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Projek pembangunan Kota MADANI di Presint 19 di sini yang dilancarkan pada 26 Jun lepas merupakan satu inisiatif mega berkonsepkan bandar pintar yang mesra rakyat dan alam sekitar.
Projek bernilai RM4 bilion itu akan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH) menerusi model kerjasama awam-swasta berkonsepkan build, lease, maintain and transfer (Bina-Pajak-Selenggara-Pindah - BLMT), tanpa melibatkan peruntukan kerajaan pada peringkat awal.
Perdana Menteri turut memuji usaha Perbadanan Putrajaya (PPj) yang sehingga kini telah membaik pulih hampir 98 peratus unit kuarters penjawat awam yang rosak, namun beliau mengakui jumlah permintaan masih tinggi.
Anwar turut membidas kritikan bermotifkan politik yang dilemparkan terhadap projek itu dan menyeru penjawat awam serta masyarakat agar melihat usaha itu sebagai inisiatif jangka panjang yang tidak membebankan kerajaan secara langsung, malah dirancang dengan keupayaan pengurusan sendiri oleh PPj.
Kota MADANI bakal merangkumi 10,000 unit kuarters kediaman berintensiti tinggi yang mampu menampung lebih 30,000 penduduk, sekolah menengah serta pelbagai kemudahan awam.
Fasa pertama pembangunan dijangka bermula pada September ini dan siap menjelang akhir 2027.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kota MADANI
#Anwar Ibrahim
#penjawat awam
#rumah sendiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami