SIMUNJAN: Cadangan bagi memperluaskan projek Model Ladang Hutan di Hutan Simpan Sabal, di sini akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata pihaknya menyokong penuh pembinaan projek itu untuk memperkasakan sektor ladang hutan dengan menyediakan pusat penyelidikan perhutanan serta kemudahan infrastruktur berkaitan.
"Saya sokong untuk dikemukakan kepada peringkat Persekutuan tetapi kita perlu tunggu RMK-13 sebab kini dah penghujung RMK-12. Saya akan berada di sana untuk menyokong atau dalam bahasa Bidayuh 'sokong nog kobos' (sokong sampai mati)," katanya ketika berucap pada program Trek Komoditi 2023 Zon Sarawak di Hutan Simpan Sabal, di sini, hari ini.
Projek itu bakal mengembangkan fungsi dan skop Model Ladang Hutan yang sedia ada di kawasan itu yang merangkumi aspek penubuhan dan pembangunan pusat penyelidikan, tapak kajian penanaman, penambahbaikan infrastruktur yang sedia ada serta perolehan fasiliti keperluan operasi tapak semaian.
Dalam pada itu, Fadillah berkata pemain industri perabot di Semenanjung berminat untuk memperluas perniagaan mereka di Sarawak berikutan negeri ini mempunyai bekalan bahan mentah yang mencukupi serta giat menjalankan aktiviti penanaman semula hutan.
"Di Semenanjung ada krisis untuk mendapatkan bahan mentah sebab itu penanaman semula hutan perlu dilaksanakan dan pihak industri perabot di sana melihat Sarawak sebagai tempat mereka boleh mendapat bahan mentah.
"Sebab itu mereka bersedia untuk pindahkan semua kilang ke Sarawak, jadi ini kawasan kita kena melihat bukan sahaja (pemain industri) daripada Semenanjung, malah antarabangsa," katanya.
Sehingga kini, kerajaan Sarawak berjaya menanam hampir 30 juta pokok merangkumi penanaman oleh industri ladang hutan.
Terdahulu, Pengarah Hutan Sarawak Datuk Hamden Mohammad dalam ucapannya memohon peruntukan kementerian bagi pembinaan projek itu yang turut memberi kemudahan untuk menjalankan program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA), latihan, galeri dan stesen kawalan kebakaran hutan.
"Saya optimis bahawa dengan sokongan pihak kementerian, projek-projek ini tidak hanya akan menyumbang kepada pertumbuhan dan kelestarian sektor hutan tetapi juga akan menggalakkan pengurusan penanaman yang efektif," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023

Fadillah berkata pihaknya menyokong penuh pembinaan projek itu untuk memperkasakan sektor ladang hutan dengan menyediakan pusat penyelidikan perhutanan serta kemudahan infrastruktur berkaitan. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 22 Mei
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: Pemeteraian deklarasi bersama, Petronas-Petros perlu berganding bahu
Analisis Naib Canselor, i-CATS University College, Professor Datuk Dr. Shazali Abu Mansor berhubung deklarasi bersama Kerajaan Persekutuan dan Sarawak dalam isu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Johor tetapkan 7 SOP elak insiden kanak-kanak tertinggal dalam van, bas sekolah
Prosedur kecemasan, pelaporan insiden kepada pihak berkuasa, serta kerjasama antara sekolah, ibu bapa dan pengusaha van turut ditekankan.

Keputusan Pemilihan PKR dijangka diketahui Jumaat ini
Keputusan kepimpinan baharu PKR dijangka diketahui paling awal malam esok, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Pemukiman sidang kemuncak sentuh situasi Gaza
Fokus turut diberikan pada kepentingan grid tenaga ASEAN sebagai langkah besar memperkukuh kerjasama tenaga serantau.
Kawasan perdagangan bebas China-ASEAN dinaik taraf
Perjanjian ini akan menyuntik momentum baharu kepada pemulihan ekonomi serantau.
Wakil China-Indonesia bertemu kukuh hubungan diplomatik
Menteri Luar China, Wang Yi, telah bertemu dengan Luut Binsar Pandjaitan, pengerusi Majlis Ekonomi Kebangsaan Indonesia dalam lawatan ke Beijing pada Selasa.
Vietnam tegaskan hubungan kukuh dengan WHO
Vietnam menegaskan komitmennya untuk terus menjalin hubungan erat dan berkesan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sempena sesi peringkat tinggi Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-78 (WHA).
Kemboja tegas dasar luar bebas dan tidak bersekutu
Sepanjang dekad lalu, landskap antarabangsa menjadi semakin tegang dan tidak menentu.
Galas peranan tonggak diplomasi global, pemudah cara
ASEAN perlu menjadi pemudah cara yang neutral dan inklusif.

Projek pembahagian sistem elektrik di Kota Kinabalu siap sepenuhnya - Fadillah
Projek ini bertujuan menyeimbangkan beban di stesen elektrik utama di Kota Kinabalu.

Komitmen warga kerja penentu masa depan negara - TPM Fadillah
Kejujuran, semangat juang dan pemikiran kelas pertama perlu terus disemai dalam kalangan warga kerja sebagai tunjang kemajuan negara.

Perancis boleh jadi penanda aras tenaga nuklear bagi penjanaan elektrik - Fadillah
Kejayaan Perancis bangunkan 57 loji janakuasa nuklear, membekalkan hampir 70 peratus tenaga elektrik negara, wajar dijadikan rujukan.

Malaysia gesa komuniti antarabangsa perkukuh kerjasama tangani krisis air global - Fadillah
Sudah tiba masanya bagi masyarakat global mengiktiraf air sebagai sumber yang sangat berharga untuk kelangsungan hidup dan pembangunan manusia.

TPM Fadillah adakan lawatan kerja ke Perancis teroka peluang kerjasama dalam bidang peralihan tenaga
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan menyertai Global Water Summit (GWS) 2025 serta mengadakan lawatan kerja rasmi ke Perancis bermula hari ini.

Malaysia komited guna teknologi tanpa korekan bagi utiliti bawah tanah - Fadillah
Malaysia komited untuk memperluaskan penggunaan teknologi 'trenchless' (teknologi tanpa pengorekan) sebagai sebahagian daripada strategi bagi pembangunan infrastruktur yang lebih mampan.

Peguam Negara, Peguam Besar Negeri terlibat proses rundingan MA63 - Fadillah
Rundingan berpaksikan undang-undang sedia ada untuk mencari kaedah menang-menang dalam kerangka Perlembagaan.

Ambil iktibar gangguan elektrik besar-besaran di Sepanyol, Portugal - Fadillah
Negara perlu memastikan keterjaminan bekalan elektrik, khususnya di negeri-negeri Semenanjung yang tiada sumber tenaga hidro mencukupi.

TNB mampu tingkat keupayaan bidang tenaga di luar negara - Fadillah
Katanya, pelaburan TNB dalam BODL menunjukkan kemampuan syarikat Malaysia untuk melabur dan mengembangkan sayap di peringkat antarabangsa.

Kolam takungan pelbagai guna bantu tangani masalah banjir - Fadillah
Katanya, ia bukan sahaja akan menakung jumlah air hujan yang banyak, tetapi digunakan sebagai simpanan apabila musim kemarau.