awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek lebuh raya Pan Borneo capai kemajuan ketara - CILT Sabah

Bernama
Bernama
28/08/2023
20:40 MYT
Projek lebuh raya Pan Borneo capai kemajuan ketara - CILT Sabah
Projek lebuh raya Pan Borneo telah mencapai kemajuan ketara dalam usaha berterusan untuk meningkatkan infrastruktur jalan raya Sabah. - Foto fail/BERNAMA
LABUAN: Projek lebuh raya Pan Borneo telah mencapai kemajuan ketara dalam usaha berterusan untuk meningkatkan infrastruktur jalan raya Sabah, menurut Chartered Institute of Logistic and Transport cawangan Sabah (CILT Sabah).
Pegawai Perhubungan CILT Sabah Daniel Doughty berkata bahagian Sabah dalam projek itu diterajui oleh seorang menteri dengan latar belakang kejuruteraan yang membantu menangani pelbagai cabaran dan menyumbang kepada kemajuan projek itu.
"Persiapan menerima keberangkatan konvoi Yang di-Pertuan Agong dari Tawau, Sabah ke Kuching, Sarawak (menggunakan lebuh raya) pada 3 Sept ini semakin meningkat.
"Pendekatan langsung Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah merancang dan melaksanakan projek lebuh raya Pan Borneo yang tertangguh telah memainkan peranan penting dalam membawanya lebih dekat kepada siap," katanya kepada Bernama pada Isnin.
Daniel berkata pengangkutan darat negeri itu telah lama terlalu bergantung kepada rangkaian jalan raya sedia ada.
"Bagi menangani perkara ini, pembiayaan yang besar daripada kerajaan Persekutuan telah diperuntukkan untuk meningkatkan usaha penyelenggaraan, dan peruntukan itu kekal sebagai faktor penting dalam memastikan keberkesanan rangkaian jalan raya dan pergerakan lancar orang dan barangan," katanya.
Beliau berkata kemakmuran masa depan Sabah terletak pada pelaksanaan strategi pengangkutan pelbagai mod yang komprehensif.
"Perluasan rangkaian rel Sabah, khususnya perhubungan antara utara dan timur, memberi harapan yang besar. Integrasi dengan rangkaian yang dicadangkan seperti kereta api Trans-Borneo memerlukan perancangan yang teliti.
"Banyak faedah akan dinikmati daripada rangkaian kereta api yang disambungkan dengan baik termasuk mengurangkan kesesakan dan mengukuh jalinan ekonomi antara bandar dan luar bandar," katanya.
Beliau berkata ia juga akan membuka ruang kemudahan pergerakan kargo di dalam negeri dan seluruh Borneo.
"Walaupun masih banyak yang perlu dilakukan, pencapaian baru-baru ini adalah bukti kemajuan yang dicapai dan potensi yang menanti untuk infrastruktur pengangkutan Sabah," katanya
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#projek lebuh raya
#Pan Borneo
#CILT Sabah
#infrastruktur jalan raya Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan