GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan berputus asa untuk melaksanakan projek Transit Aliran Ringan (LRT) di negeri itu walaupun permohonan untuk melaksanakannya telah beberapa kali ditolak kerajaan Persekutuan.
Menurut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, projek LRT dari Komtar ke Bayan Lepas itu merupakan antara projek wajib yang akan disenaraikan dalam bajet Persekutuan setiap tahun.
Kon Yeow berkata, sebanyak 126 projek pembangunan telah dikenal pasti dan dipohon kerajaan negeri di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) Tahun 2023, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).
Daripada jumlah itu, jelas beliau, projek LRT laluan Komtar - Bayan Lepas Fasa 1 termasuk di dalam senarai tersebut dengan anggaran kos keseluruhan berjumlah RM10 bilion.
“Permohonan projek-projek itu sudah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (UPEN), Jabatan Perdana Menteri dan sememangnya dalam senarai 126 projek yang dikemukakan… macam mana kita boleh tinggalkan projek pengangkutan awam LRT dari Komtar ke Bayan Lepas?
“Ada dalam senarai berkenaan dan sentiasa disenaraikan tiap-tiap tahun, kita senaraikan dengan anggaran kos keseluruhan bagi projek ini RM10 bilion. Walaupun kita tidak dapat kelulusan projek ini, kerajaan negeri tidak pernah putus asa dan terus masukkan dalam senarai setiap tahun,” kata Kon Yeow lagi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan parti Gerakan Pulau Pinang yang mempertikai kenapa projek LRT tidak disenaraikan dalam Bajet 2023 sewaktu pertemuan Ketua Menteri dengan Menteri Kewangan pada 3 September lalu.
Keseriusan Pulau Pinang terhadap projek pembinaan LRT, kata Kon Yeow, diterjemahkan oleh kerajaan negeri dengan membuka permohonan mengemukakan cadangan (RFP) peringkat pra kelayakan bagi proses tender terbuka projek tersebut bermula Julai hingga Ogos lalu.
“Untuk tidak bergantung sangat, kita sendiri pun sudah mula melihat pelaksanaan berdasarkan pembiayaan melalui tambakan laut dan baru-baru ini kita sudah pun mulakan proses prequalification bagi syarikat-syarikat yang berminat untuk membida bagi projek LRT Komtar ke Bayan Lepas,” ujar beliau lagi.
Komponen LRT Bayan Lepas itu merupakan salah satu komponen utama dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) sebagai usaha jangka panjang mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di negeri tersebut.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Sep 06 2022

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (kiri) berkata, projek LRT dari Komtar ke Bayan Lepas itu merupakan antara projek wajib yang akan disenaraikan dalam bajet Persekutuan setiap tahun.

Terbuka Perancis: Rangkul gelaran grand slam ke-22, Djokovic ikrar mahu tambah koleksi
Djokovic mengekalkan rentak cemerlang menewaskan Tsitsipas untuk menyamai rekod Nadal yang mencatatkan 22 kemenangan grand slam.

Rapid KL tambah 200 lagi kakitangan sokongan bantu kelancaran pergerakan penumpang
Antara stesen LRT terlibat ialah Masjid Jamek, Hang Tuah, Bandaraya, dan Plaza Rakyat.

Vaksin COVID-19 | Jumlah penerima dos penggalak kedua bertambah, kini 2.4%
Kemas kini terbaharu di portal KKM NOW menunjukkan, dengan pemberian harian sebanyak 1,779 dos, bilangan penerima dos penggalak kedua kini meningkat kepada 2.4 peratus.

Pengunjung Pantai Irama waspada ombak besar, angin kencang
Bendera berwarna merah turut dikibarkan sebagai tanda peringatan bahaya kepada pengunjung.

Landasan bengkok: DBKL arah projek berhampiran stesen LRT Bandaraya dihentikan
Ini susulan projek berkenaan dikhuatiri menyebabkan penjajaran landasan bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya sehingga mencetuskan gangguan kepada perkhidmatan tersebut.

Niaga AWANI: Jiwa SME | Menawarkan perkhidmatan dakwah dalam talian
Aspek keagamaan antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam terutama golongan yang sibuk bekerjaya dan tidak mempunyai masa untuk menuntut ilmu atau mendalami agama. Tuntutan agama seperti membaca Al Quran, mempelajari kaedah solat yang betul, pengurusan pentadbiran pejabat mengikut syarak antara bidang yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam khususnya mereka yang tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas fardu ain atau kelas membaca Al Quran. Atas alasan itu, seorang anak muda , Mohd Amar Mirzan Abd Kadir Jailani, 29 tahun menubuhkan dakwah digital network yang dikenali BeDaie.

Niaga AWANI: Keselamatan Makanan | Apa yang harus ada dalam Bajet 2023?
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman.

Roslin Hashim sedia bantu Zii Jia
Roslin berkata, dia tiada sebarang halangan bagi membantu Zii Jia keluar daripada kemerosotan prestasi sejak kebelakangan ini.

Pantau Kerajaan Baharu: Dinamika Hubungan Malaysia - Singapura
Membincangkan mengenai lawatan pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura hari ini. Ikuti perbincangannya bersama Pakar Sejarah Asia Tenggara, Prof Dr Syed Khairuddin Al-Juned.

Lelaki kurang siuman maut dipukul, 12 pelajar tahfiz ditahan
Kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan mengamuk dan membakar jubah milik pelajar serta mengganggu mereka.

Projek LRT Komtar-Bayan Lepas antara projek wajib di Pulau Pinang - Ketua Menteri
Sekalipun sudah beberapa kali kerajaan Persekutuan tolak laksana LRT, kerajaan negeri tidak akan berputus asa kemuka permohonan.

LRT Pulau Pinang: "Dakwaan YB Bagan tidak benar sama sekali" - Tengku Zafrul
Keputusan Kementerian Kewangan untuk tidak meneruskan pinjaman daripada ADB bagi membiayai projek transit aliran ringan (LRT) Pulau Pinang yang berjumlah RM2 bilion selaras BNM.