awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Iran dakwa tembak jatuh dron Israel di ruang udara Tehran
DUNIA
Mangsa tunggal terselamat nahas Air India pikul keranda abang
MALAYSIA
Panaslah! Kenaikan suhu gugat kelestarian makanan warisan di Kampung Baru?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Projek LRT Mutiara Line Pulau Pinang kekal mengikut jadual - MRT Corp

Bernama
Bernama
21/04/2025
05:00 MYT
Projek LRT Mutiara Line Pulau Pinang kekal mengikut jadual - MRT Corp
LRT Mutiara Line sepanjang 29.5 kilometer itu merangkumi 21 stesen strategik. -= Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Pelaksanaan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Mutiara Line di Pulau Pinang kekal mengikut jadual dan perancangan, menurut pemilik projek Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp).

Ringkasan AI
  • Projek LRT Mutiara Line di Pulau Pinang kekal mengikut jadual dengan kemajuan ketara dalam kelulusan kerja awal dan pengambilan tanah.
  • SRS Consortium Sdn Bhd sedang memenuhi syarat selepas penganugerahan kontrak sebelum Notis Pelaksanaan Rasmi (NTP) dikeluarkan.
  • LRT Mutiara Line sepanjang 29.5 km akan meningkatkan keterhubungan antara Pulau Pinang dan tanah besar, mengurangkan kesesakan jalan raya, dan mempertingkat aksesibiliti.

Dalam kenyataan hari ini, MRT Corp memaklumkan bahawa kemajuan ketara telah dicapai dalam tempoh tiga bulan lepas, antaranya kelulusan kerja-kerja awal di bawah Seksyen 20A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, yang diperoleh pada 15 April lepas.
"MRT Corp juga telah mencatat kemajuan signifikan dalam proses pengambilan tanah, dengan akses diperoleh ke atas 86 lot setakat ini, serta pewartaan mengikut Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960, telah diselesaikan," menurut kenyataan itu.
Kemajuan yang dicapai lebih awal daripada sasaran asal pada Oktober 2025 itu, dianggap sebagai pencapaian penting dalam memastikan projek kekal berada di landasan yang betul.
MRT Corp turut menjelaskan bahawa SRS Consortium Sdn Bhd (SRS), selaku Kontraktor Utama Kerja Awam bagi Pakej 1 projek berkenaan, kini sedang memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan selepas penganugerahan kontrak, seperti yang digariskan dalam perjanjian
Notis Pelaksanaan Rasmi (NTP) hanya akan dikeluarkan kepada SRS Consortium selepas semua syarat pasca penganugerahan itu dipenuhi dengan memuaskan.
"Sebagai kontraktor reka dan bina untuk kerja awam Pakej 1, SRS perlu memuktamadkan reka bentuk serta pelan pembinaan bagi struktur kerja awam dalam skop projek selepas NTP dikeluarkan. Satu lagi aspek kritikal prapembinaan bermula adalah kerja pemindahan utiliti, yang perlu diselesaikan sebelum sebarang kerja pembinaan stesen atau jejambat dapat dimulakan," jelas MRT Corp.
Penjelasan itu dibuat susulan laporan sebuah portal berita yang memetik Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng, yang mempersoalkan status projek tersebut memandangkan notis rasmi untuk memulakan kerja masih belum dikeluarkan walaupun pelancaran rasmi telah dibuat pada Januari.
LRT Mutiara Line sepanjang 29.5 kilometer itu merangkumi 21 stesen strategik dan direka untuk meningkatkan keterhubungan antara Pulau Pinang dan tanah besar, sekali gus mengurangkan kesesakan jalan raya serta mempertingkat aksesibiliti.
Pelan jajaran utamanya merangkumi laluan dari Pulau Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR-A) ke Penang Sentral dan Stesen Komtar di Georgetown, dengan perkhidmatan tren dijadualkan bergerak secara bergilir di sepanjang laluan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#projek Transit Aliran Ringan
#MRT Corp
#pulau pinang
#Mutiara Line
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami