awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

Bernama
Bernama
29/03/2024
10:51 MYT
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika sidang media Berkenaan Pelaksanaan Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang di Kementeriannya hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan memberi jaminan pembangunan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pembangunan projek itu telah mendapat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) serta Penilaian Kesan Sosial (SIA) selepas SRS Consortium Sdn Bhd (SRS) melaksanakan kajian teknikal dan reka bentuk awalan.
"Semua ini sudah pun diambil pertimbangan semasa kajian awal dilaksanakan sebelum ini dan seperti yang saya katakan, EIA sudah pun dibuat.
"Sudah tentu kawasan yang sensitif (kawasan warisan UNESCO) perlu diambil kira dan diberi pertimbangan sewajarnya. Sudah tentu ia akan diberi perhatian khusus," katanya bagi mengulas mengenai kesan projek itu terhadap bandar Georgetown.
Georgetown disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2008.
Terdahulu, Loke mengumumkan mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu lepas telah meluluskan cadangan pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dan kerajaan Persekutuan mengambil alih projek itu daripada kerajaan negeri.
Jarak jajaran LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang yang dianggarkan sepanjang 29 kilometer itu akan bermula dari Pulau Silikon ke Komtar dan menyeberang ke Penang Sentral di Seberang Jaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#projek LRT Pulau Pinang
#Tapak Warisan Dunia UNESCO
#Anthony Loke
#EIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan