MALAYSIA
Projek Makmal Ujian MIROS perlu disiapkan ikut jadual - Ahmad Maslan
Ahmad berucap pada Majlis Penyerahan SST dan Surat Pelantikan Pengarah Projek Pembinaan Makmal Ujian serta Bangunan Kompleks MIROS di Ibu Pejabat JKR, hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan hari ini berkata Projek Membina Makmal Ujian dan Bangunan Kompleks Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bernilai RM129.4 juta perlu disiapkan mengikut jadual, atau lebih awal.
Ringkasan AI
Beliau berharap projek itu, yang dijadual dilaksanakan dalam tempoh 178 minggu bermula 7 Jan lepas dan siap pada 5 Jun 2029, tidak mengabaikan piawaian sejajar dengan prinsip Sifar Projek Sakit dan Projek Siap Lebih Awal (AOT) yang diamalkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) serta Jabatan Kerja Raya (JKR).
Ahmad berkata kedua-dua aspek membuktikan bahawa KKR bukan sahaja menekankan pematuhan terhadap jadual dan piawaian tetapi juga mengutamakan keberkesanan pengurusan projek demi manfaat rakyat serta kemakmuran negara.
"Sekiranya pengurusan projek dan kewangan dilaksanakan dengan baik, projek tidak akan lewat jadual dan tidak dikategorikan sebagai projek sakit... sasaran kementerian adalah sifar projek sakit," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat setuju terima (SST) kepada MTD Construction Sdn Bhd di sini.
Beliau berkata kontraktor yang menerima SST perlu memberi komitmen penuh terhadap mutu kualiti, mematuhi spesifikasi, kos, masa dan keselamatan.
Ahmad juga berkata pengalaman terdahulu menunjukkan kelewatan projek kebanyakannya berpunca daripada kelemahan pengurusan projek dan kewangan justeru kontraktor yang terlibat dalam projek MIROS diingatkan supaya memberi perhatian penuh kepada kedua-dua aspek berkenaan.
Projek itu merangkumi pembinaan bangunan makmal ujian dan pentadbiran, blok sokongan serta kemudahan berkaitan yang menyokong fungsi penyelidikan dan pengujian keselamatan jalan raya.
Penyiapan fasiliti itu memperkukuh peranan MIROS sebagai pusat rujukan penyelidikan keselamatan jalan raya di peringkat nasional dan serantau selain meningkatkan kecekapan operasi institusi berkenaan dalam menjalankan program penyelidikan serta latihan secara lebih sistematik, selamat dan berimpak tinggi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Projek Membina Makmal Ujian dan Bangunan Kompleks Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bernilai RM129.4 juta perlu disiapkan mengikut jadual, atau lebih awal; Timbalan Menteri Kerja Raya menekankan pentingnya piawaian dan prinsip Sifar Projek Sakit serta Projek Siap Lebih Awal.
- Kementerian Kerja Raya menegaskan keutamaan keberkesanan pengurusan projek demi manfaat rakyat; kontraktor projek diminta memberi komitmen penuh terhadap mutu kualiti, spesifikasi, kos, masa, dan keselamatan.
- Projek MIROS merangkumi pembinaan bangunan makmal ujian, pentadbiran, dan sokongan untuk meningkatkan peranan MIROS sebagai pusat rujukan penyelidikan keselamatan jalan raya di peringkat nasional dan serantau.