Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mencadangkan memorandum menyambung semula projek National Feedlot Corporation (NFC) kepada Kabinet.
Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, projek NFC itu akan diteruskan atau dijenamakan semula yang lebih sesuai bagi mengelak kekeliruan dengan projek terdahulu.
Tegas beliau, penyambungan semula projek NFC itu bagi membolehkan negara mencapai 30 peratus daging untuk penggunaan tempatan.
Ujarnya, penyambungan itu juga berupaya melahirkan kumpulan usahawan muda yang berpotensi untuk menjadi penternak.
"Saya harus menjadi seorang yang lebih objektif. Kita datang bukan untuk berdendam tetapi saya melihat matlamat NFC ini bagus dan murni.
"Dengan adanya NFC, setidak-tidaknya kita boleh capai 30 peratus daging untuk penggunaan tempatan. Saya yakin anak muda minat penternakan oleh itu, (kerajaan) beri bantuan secukupnya," katanya dalam siaran langsung bersama Astro AWANI di sini malam ini.
Salahuddin memberitahu, kementeriannya juga telah mengenal pasti tanah-tanah di Negeri Sembilan, Segamat dan Muar, Johor.
"Di Johor tiada masalah (tanah). Hubungan baik saya dengan Menteri Besar Johor, saya akan rundingkannya.
"Semua ini aspirasi seorang menteri yang pernah menjadi petani dan peraih ikan," katanya.
Astro Awani
Wed May 23 2018

Penyambungan itu juga berupaya melahirkan kumpulan usahawan muda yang berpotensi untuk menjadi penternak.

Kerajaan NS, syarikat swasta laksana kerja dalamkan sungai atasi banjir
Kerajaan Negeri Sembilan akan bekerjasama dengan syarikat swasta dalam menyegerakan kerja membersih dan mendalamkan sungai bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku di negeri ini.

Pindaan Akta 716 dikuatkuasakan Julai ini - KP Perhilitan
Pengkuatkuasaan akta itu dibuat setelah ia diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Kekurangan bekalan: Ada peniaga jual ayam melebihi harga siling
Kebanyakan peniaga menjual ayam bulat pada harga RM8.90 sekilogram seperti yang ditetapkan kerajaan.

AWANI Ringkas: Dr Adham Baba sedia beri kerjasama kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sistem kesihatan Malaysia dapat markah tinggi menerusi inisiatif #GlobalSurgery
Pencapaian itu dikongsi Dr Kee B Park, individu bertanggungjawab di sebalik gerakan itu di laman Twitternya pada Rabu.

Zoo Negara terima jumlah pengunjung memberangsangkan
Setelah melalui saat getir ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zoo Negara kini kembali 'bernafas' setelah menerima jumlah kedatangan pengunjung yang memberangsangkan.

Singapura rampas komponen, rokok elektronik bernilai lebih S$130,000
Cubaan menyeludup 8,520 keping pod isian semula rokok elektronik ke Singapura melalui lori pengangkut konkrit pratuang.

Rotan anak: Bekas suami Ziana Zain didenda, hukuman penjara diketepikan
Hakim menggantikan hukuman penjara itu dengan denda dan memerintahkan bekas pramugara itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Aktivis wanita menangis teresak-esak mengaku salah buat hantaran jelik
Seorang aktivis wanita menangis teresak-esak ketika mengaku bersalah atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya berhubung isu agama Kristian dalam lama profil FBnya.

Keputusan kes Peter Anthony palsukan dokumen diketahui esok
Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 9 pagi.

Isu bekalan ayam: Kerajaan henti eksport ayam, wujudkan stok penimbal - Ismail Sabri
Keputusan itu merupakan antara beberapa langkah jangka pendek yang dicapai mesyuarat Kabinet hari ini, terhadap isu bekalan dan harga ayam.

Mesyuarat Kabinet dipercepat, bincang isu kos sara hidup, harga barangan - PM
KPDNHEP dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan juga diminta bentangkan mekanisme bagi mengatasi isu-isu berkenaan.

Macron umum Kabinet baharu Perancis di bawah pimpinan Elisabeth Borne
Pelantikan Kabinet diumumkan oleh pejabat Macron dalam satu kenyataan.

Menteri Kabinet ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri
Menteri Kabinet ingatkan seluruh Keluarga Malaysia sentiasa berhati-hati dan sentiasa menjaga kebersihan.

Jawatankuasa Khas Kabinet ditubuh lindungi golongan rentan - PM
Jawatankuasa Khas Kabinet Melindungi Golongan Rentan ditubuhkan bagi melindungi kebajikan golongan rentan khususnya kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), wanita dan warga emas.

Barisan menteri PM Pakistan Shehbaz Sharif angkat sumpah
Barisan Kabinet baharu Pakistan pimpinan Perdana Menteri Shehbaz Sharif mengangkat sumpah jawatan di Istana Presiden di Islamabad pada Selasa.

Sri Lanka: 17 menteri baharu angkat sumpah jawatan
Seramai 17 Ahli Parlimen Sri Lanka pada Isnin mengangkat sumpah sebagai menteri ketika negara itu berdepan ketidakstabilan politik dan krisis ekonomi yang teruk.

PH buat Taklimat Khas RUU Antilompat Parti berasingan?
Difahamkan, Pakatan Harapan turut mengadakan taklimat mengenai RUU berkenaan yang dijadualkan bermula 4.45 petang Ahad.

PM, Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen hadir taklimat khas mengenai RUU Antilompat Parti
Ahli Parlimen dan Menteri Kabinet hadir bagi mengikuti taklimat khas mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti.

Kabinet baharu Sri Lanka: Empat menteri angkat sumpah
Mereka terdiri Menteri Kewangan, Menteri Luar, Menteri Pendidikan dan Menteri Lebuhraya.