awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek pembangunan semula Bandar Tun Razak bermula pertengahan tahun

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2013
23:01 MYT
Projek pembangunan semula Bandar Tun Razak bermula pertengahan tahun
Projek pembangunan semula kawasan perumahan Bandar Tun Razak dijangka bermula pertengahan tahun ini.
Projek itu melibatkan pembinaan 4 kawasan pangsapuri dan rumah kos rendah iaitu Sri Johor, Sri Pulau Pinang, Sri Melaka dan Taman Ikan Emas.
Menurut Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, projek tersebut akan memberi lebih keselesaan kepada penduduk.
Tambahnya bagi memudahkan para penduduk proses pembinaan akan mengikut fasa yang akan ditetapkan pihak pemaju nanti.
Projek pembangunan ini mendapat persetujuan penduduk selepas beberapa siri perbincangan diadakan bersama pihak kerajaan sebelum ini.
Seramai 4,645 pemilik dan penyewa bersetuju dengan cadangan pembangunan semula kawasan melibatkan pembinaan unit perumahan, pusat komersial selain beberapa kawasan rekreasi.
Projek ini dijangka siap dalam tempoh 24 bulan selepas dimulakan.
Topic Berkaitan
#Bandar Tun Razak
#Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
#Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan