awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek pembinaan Hospital Dungun kini siap 98.2 peratus - Exco

Bernama
Bernama
09/12/2021
21:20 MYT
Projek pembinaan Hospital Dungun kini siap 98.2 peratus - Exco
Mamad (kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil (tiga, kiri) meninjau kemudahan dalam bilik pembedahan semasa melakukan lawatan kerja di Hospital Dungun yang baharu, 9 Dis 2021. --fotoBERNAMA
DUNGUN: Projek pembinaan Hospital Dungun di sini telah mencapai kemajuan sebanyak 98.2 peratus, kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu Dr Mamad Puteh.
Beliau berkata berdasarkan taklimat daripada Jabatan Kerja Raya dan kontraktor, hospital tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) pada 28 Jan tahun depan.
"Hospital Dungun yang mula dibina pada 2016 sepatutnya siap pada Februari 2019 namun tertangguh disebabkan beberapa faktor termasuk perubahan reka bentuk yang perlu mengikut spesifikasi KKM.
"Kelewatan terus berlanjutan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 yang turut memberi kesan kepada sektor pembinaan.
"Namun, kita yakin dengan jaminan diberi tadi hospital ini diserahkan pada 28 Jan nanti," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke tapak pembinaan Hospital Dungun di sini semalam.
Hospital Dungun yang dibina di atas tapak seluas 6.13 hektar itu adalah hospital pakar yang ketiga di Terengganu selepas Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Hospital Kemaman.
Sebanyak 110 katil disediakan dengan 10 kepakaran antaranya kecemasan, perubatan, pediatrik, obstetrik dan ginekologi, anestesiologi, ortopedik, psikiatri, pergigian dan patologi.
Ditanya sama ada terdapat peningkatan kos projek pembinaan tersebut memandangkan kelewatan hampir tiga tahun, Dr Mamad berkata kosnya masih kekal RM125 juta.
Selain Hospital Dungun, Terengganu juga bakal mempunyai satu lagi kemudahan kesihatan baharu iaitu Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Nerus dengan kapasiti 220 katil.
Kedua-dua hospital tersebut akan beroperasi menjelang Aidilfitri (Mei tahun depan).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Dungun
#Mamad Puteh
#pembinaan
#Hospital Pengajar UniSZA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan