MALAYSIA

Projek penyambungan landasan LRT: CIDB boleh ambil tindakan

Astro Awani 19/08/2013 | 11:20 MYT
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan mengambil tindakan tatatertib terhadap kontraktor yang bertanggungjawab dalam perlaksanaan projek-projek pembinaan termasuk Projek Penyambungan Landasan Transit Aliran Ringan (LRT) di Subang Jaya jika mereka di dapati bersalah.

“Hasil siasatan awal CIDB mendapati operator kren yang mengendali kren tersebut semasa kejadian adalah pemegang kad pendaftaran personel binaan dan mempunyai Sijil Pendaftaran Operator Kren yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), kedua-duanya masih mempunyai pendaftaran yang sah.

“Kren yang digunakan juga didapati mempunyai kelulusan pendaftaran Permit Mesin Angkat (PMA) juga yang masih sah di bawah seliaan JKKP,” kata Pengarah CIDB Selangor, Sr. Mohd Zaid Zakaria.

Pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sedang menjalankan siasatan ke atas insiden kemalangan ini.

Pada 17 Ogos, sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di USJ2/3 Subang Jaya, berdekatan pusat membeli-belah Summit remuk selepas dihempap kren yang diguna dalam pembinaan landasan LRT. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
#Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan #Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia #LRT