MALAYSIA
Projek Perolehan TDM: Bekas Panglima Tentera Darat masih jalani rawatan - Peguam
Nizamuddin Hamid, berkata lelaki itu kini berada dalam fasa pemulihan. - Gambar/ Astro AWANI
PUTRAJAYA: Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan projek perolehan TDM, dikatakan masih belum sepenuhnya daripada masalah kesihatan.
Ringkasan AI
Peguam yang mewakilinya, Nizamuddin Hamid, berkata lelaki itu kini berada dalam fasa pemulihan.
Menurutnya, pihak pembelaan memberi kerjasama penuh kepada SPRM bagi meneruskan siasatan yang sedang dijalankan terhadap anak guamnya.
“Kami tidak menghalang siasatan dan menghormati proses undang-undang. Pada masa sama, kami memohon agar anak guam diberi akses kepada peguam sepanjang tempoh siasatan,” katanya ketika ditemui media selepas prosiding reman di Mahkamah Majistret Putrajaya, pada Khamis.
Nizamuddin berkata, pihaknya juga membuat permohonan kepada mahkamah supaya anak guamnya dapat menjalani pemeriksaan.
"Permohonan telah pun dikemukakan kepada mahkamah supaya anak guam saya menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala berikutan menghidap tekanan darah tinggi,” jelasnya.
Hari ini, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan bekas Panglima TDM itu direman selama tujuh hari, manaka dua isterinya masing-masing direman enam dan tiga hari.
Selain itu, sepasang suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat turut direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Dengan penahanan terbaharu itu, seramai lima individu kini berada dalam tahanan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Siasatan awal turut mendedahkan beberapa individu lain telah dikenal pasti berkemungkinan terlibat dalam kes rasuah berkaitan perolehan projek TDM, hasil penelitian terhadap beberapa tender yang sedang disiasat.
SPRM turut mengesahkan enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan TDM dan ahli keluarganya telah disita, manakala satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berkaitan kes rasuah tersebut.
Ringkasan AI
- Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) yang disiasat SPRM masih dalam fasa pemulihan kesihatan, menurut peguamnya, Nizamuddin Hamid.
- Pihak pembelaan memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan serta memohon anak guam diberi akses kepada peguam sepanjang proses penyiasatan.
- Mahkamah membenarkan bekas Panglima TDM direman tujuh hari, bersama dua isteri dan sepasang suami isteri pemilik syarikat, sementara lima individu keseluruhan ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan projek perolehan TDM.