KUALA LUMPUR: Pembinaan projek perumahan yang dirancang di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Ampang tidak boleh dilaksanakan pada masa ini, kerana tempoh Kebenaran Merancang (KM) yang diberikan untuk membangunkan kawasan itu sebelum ini, telah luput pada 13 Okt tahun lepas.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Ani Ahmad berkata oleh itu, sekiranya pemaju Lembah Langat Development Sdn Bhd berhasrat untuk meneruskan projek tersebut, mereka perlu memohon semula kebenaran merancang, bagi membolehkan segala aspek pembangunan di kawasan bercerun diteliti.
"Kalau hendak teruskan pembangunan, dia (pemaju) perlu melalui proses yang sama semula, antaranya kena mengemukakan cadangan pembangunan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (JTPKSAS), serta membuat Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) yang diluluskan oleh PlanMalaysia@Selangor.
"Hanya setelah proses itu dilakukan dan semua syarat dipatuhi, baru ia (cadangan pembangunan) akan diangkat semula ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) MPAJ, untuk kita tengok semua aspek sebelum memberikan kelulusan, tetapi setakat ini pemaju belum memohon semula," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MPAJ, di sini hari ini.
Ani berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar tempatan semalam, yang menyatakan kebimbangan penduduk sekitar terhadap kemungkinan kejadian tanah runtuh dan bencana, sekiranya projek perumahan tersebut dilaksanakan kawasan itu.
Menurut laporan itu, cadangan pembangunan projek berkenaan merangkumi pembinaan 54 rumah bandar tiga tingkat bagi fasa pertama, satu blok pangsapuri tiga tingkat berjumlah 84 unit (fasa dua) dan masing-masing satu blok pangsapuri 29 dan 37 tingkat dengan keseluruhan 610 unit (masing-masing bagi fasa tiga dan empat).
Ani berkata kandungan cadangan pembangunan itu telah diluluskan oleh mesyuarat JTPKSAS pada 24 Sept 2019, disusuli kelulusan Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) pada 5 Nov 2019 dan kelulusan OSC pada 23 Dis tahun yang sama.
Kelulusan KM pula dikeluarkan pada 2020 meliputi tempoh setahun bermula 14 Okt 2020 hingga 13 Okt 2021, sebelum ia dilanjutkan setahun lagi bermula 14 Okt 2021 hingga 13 Okt 2022.
Namun Ani berkata sehingga 7 Okt 2022, tiada kerja-kerja pemajuan dimulakan di tapak, walaupun Notis Memulakan Kerja Tanah (Borang B) dikemukakan oleh pemaju kepada MPAJ, menyebabkan kelulusan KM yang telah diberikan menjadi luput pada 13 Okt 2022.
"Sebenarnya untuk sebarang kemajuan, pembangunan yang hendak dilaksanakan di mana-mana kawasan terutama yang melibatkan kawasan-kawasan sensitif seperti cerun, MPAJ tidak akan meluluskannya secara bersendirian.
"Sebaliknya, ia akan diluluskan dahulu oleh JTPKSAS yang dianggotai pelbagai agensi teknikal antaranya Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya; Jabatan Pengaliran dan Saliran; serta Jabatan Mineral dan Geologi, untuk melihat keseluruhan aspek termasuk status tanah dan batu di kawasan terlibat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ani berkata MPAJ akan menggunakan Sistem Kelulusan Bersepadu (SKB) bermula 1 Okt ini, bagi menapis sebarang permohonan perkhidmatan yang diterima.
Ini termasuk urusan permohonan bagi kelulusan lesen perniagaan premis, kelulusan permit ubah suai bangunan, perbelanjaan kos penyelenggaraan di kawasan Jawatankuasa Pengurusan Taman Perindustrian (IPMC) dan proses tukar nama hak milik Borang I dan J.
"SKB ialah sistem semakan berpusat, yang akan meningkatkan kutipan cukai taksiran MPAJ kerana melaluinya semakan tunggakan cukai akan dilaksanakan, sebelum mana-mana permohonan diluluskan.
"Ia juga nanti akan diintegrasikan dengan sistem MPAJ sedia ada iaitu e-PBT dan i-Comm, sebelum akhir Disember," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023
![Projek perumahan di Taman Kelab Ukay tidak boleh dilaksanakan pada masa ini - MPAJ Projek perumahan di Taman Kelab Ukay tidak boleh dilaksanakan pada masa ini - MPAJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693300946_Petition.jpg)
Sekiranya pemaju berhasrat meneruskan projek itu, mereka perlu memohon semula kebenaran merancang. -Change.org
Sukarelawan polis bersalah bunuh, rogol doktor
Kisah tragis yang menimpa seorang doktor pelatih India yang dirogol dan dibunuh dengan kejam, membawa kepada episod terbaharu dengan penangkapan dan sabitan bersalah terhadap seorang sukarelawan polis di Kolkata. Sanjay Roy disabitkan bersalah oleh mahkamah atas dakwaan membunuh Dr Moumita Debnath pada Ogos tahun lalu selepas DNA-nya ditemui di kuku mendiang, sekaligus menjadikannya sebagai suspek utama bagi kes ini.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terdampar di Pantai Desaru Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terdampar di Pantai Desaru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733378909_garisanpolispolic.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terdampar di Pantai Desaru
Mayat seorang lelaki tempatan tanpa pengenalan diri ditemukan terdampar di Pantai Desaru, pagi tadi.
MCMC, Microsoft bincang pelesenan Linkedin - Fahmi
Perbincangan sedang berjalan antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Microsoft yang merupakan pemilik LinkedIn mengenai pelesenan platform media sosial
One Cent Thief tawan Bukit Bintang
Setelah sekian lama dinantikan, One Cent Thief musim kedua bakal menemui penonton pada 31 Januari ini.
Mengisahkan Iman Shah, dikenali sebagai ‘The One Cent Thief’, terpaksa bekerjasama dengan kumpulan jenayah siber untuk menjatuhkan Ibu Zara, seorang tokan dadah yang kini menjadi ahli politik berpengaruh.
Untuk butiran lanjut tentang pelancarannya, kita bersama rakan setugas di lokasi, Amzar Alif.
Mengisahkan Iman Shah, dikenali sebagai ‘The One Cent Thief’, terpaksa bekerjasama dengan kumpulan jenayah siber untuk menjatuhkan Ibu Zara, seorang tokan dadah yang kini menjadi ahli politik berpengaruh.
Untuk butiran lanjut tentang pelancarannya, kita bersama rakan setugas di lokasi, Amzar Alif.
![Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733374728_PPSjpg.jpg)
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.
![Lelaki dilaporkan hilang Khamis lepas ditemukan lemas Lelaki dilaporkan hilang Khamis lepas ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737210894_MautSungaiPerak.jpg)
Lelaki dilaporkan hilang Khamis lepas ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Khamis lepas ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat lemas di Sungai Perak dekat Kampung Changkat Parah, Parit hari ini.
AWANI Review: Where Can Malaysia Lead in the AI Race?
To play big in the global AI race, Malaysia needs to step up - from consumer to producer. The big questions: Where can we truly make our mark in the AI supply chain? And do we have the talent to back it up? Sam Majid, head of the National AI Office, takes on the daunting task of turning bold ambitions into a reality.
![FTA Malaysia-UK menerusi CPTPP dijangka tingkat pelaburan, perdagangan - Tengku Zafrul FTA Malaysia-UK menerusi CPTPP dijangka tingkat pelaburan, perdagangan - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81730208863_tbTengkuZafrulMIT.jpg)
FTA Malaysia-UK menerusi CPTPP dijangka tingkat pelaburan, perdagangan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata CPTPP adalah permulaan yang baik untuk syarikat mendapat akses ke pasaran di setiap negara dari aspek tarif dan kebolehcapaian.
AWANI Ringkas: Majlis perasmian diadakan di Stadium Sarawak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![SPRM tahan empat lagi individu disyaki terbabit kes rasuah pinjaman peribadi SPRM tahan empat lagi individu disyaki terbabit kes rasuah pinjaman peribadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737208350_SPRM.jpg)
SPRM tahan empat lagi individu disyaki terbabit kes rasuah pinjaman peribadi
SPRM menahan empat lagi individu kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan permohonan pinjaman peribadi yang dikemukakan sebuah syarikat perunding kewangan.
![Projek perumahan di Taman Kelab Ukay tidak boleh dilaksanakan pada masa ini - MPAJ Projek perumahan di Taman Kelab Ukay tidak boleh dilaksanakan pada masa ini - MPAJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693300946_Petition.jpg)
Projek perumahan di Taman Kelab Ukay tidak boleh dilaksanakan pada masa ini - MPAJ
Sekiranya pemaju berhasrat meneruskan projek itu, mereka perlu memohon semula kebenaran merancang.
![Penduduk trauma boleh mohon pindah Penduduk trauma boleh mohon pindah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71590820313_tanahruntuhampang.jpg)
Penduduk trauma boleh mohon pindah
Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa boleh memohon untuk dipindahkan di lokasi yang lebih selamat.
![Kerja-kerja pembaikan cerun tertangguh akibat PKP - Azmin Kerja-kerja pembaikan cerun tertangguh akibat PKP - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51590816310_azmintanahruntuh.jpg)
Kerja-kerja pembaikan cerun tertangguh akibat PKP - Azmin
Tender bagi menjalankan kerja-kerja menangani masalah cerun di kawasan perumahan Taman Kelab Ukay di sini telah ditawarkan sejak Mac lalu.
![Azmin, Zuraida tampung kos sewa keluarga terjejas akibat tanah runtuh Azmin, Zuraida tampung kos sewa keluarga terjejas akibat tanah runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61590813214_zuraidaazmin.jpg)
Azmin, Zuraida tampung kos sewa keluarga terjejas akibat tanah runtuh
Seramai 40 ahli keluarga dari tujuh buah rumah yang terjejas akibat tanah runtuh di Taman Kelab Ukay di sini diarahkan supaya meninggalkan kediaman masing-masing dalam tempoh 48 jam.
![Ancaman tanah runtuh, 40 penghuni Taman Kelab Ukay diarah tinggalkan kediaman Ancaman tanah runtuh, 40 penghuni Taman Kelab Ukay diarah tinggalkan kediaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81590812353_tanahruntuhampang.jpg)
Ancaman tanah runtuh, 40 penghuni Taman Kelab Ukay diarah tinggalkan kediaman
Kira-kira 40 penghuni di tujuh buah rumah di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa diarah meninggalkan kediaman susulan kejadian tanah runtuh di belakang rumah teres dua tingkat.
![Pergerakan tanah Jalan Kelab Ukay 2: Keputusan status banglo diputuskan 8 Januari - Azmin Pergerakan tanah Jalan Kelab Ukay 2: Keputusan status banglo diputuskan 8 Januari - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41577524938_tanahruntuhJalan.jpg)
Pergerakan tanah Jalan Kelab Ukay 2: Keputusan status banglo diputuskan 8 Januari - Azmin
ADUN Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan Selangor akan mengambil keputusan setelah MPAJ, JKR dan JMG menjalankan kajian teknikal yang teliti di kawasan yang terjejas.