awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Bangladesh dedah 287 mangsa culik era Sheikh Hasina dibunuh
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek PR1MA Port Dickson dijangka siap September ini - Zuraida

Bernama
Bernama
06/04/2021
15:16 MYT
Projek PR1MA Port Dickson dijangka siap September ini - Zuraida
Zuraida berkata pihak kementerian akan melantik kontraktor baharu bagi menyambung kerja-kerja pembinaan 659 unit kediaman yang sepatutnya siap Jun tahun lepas itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Port Dickson, Negeri Sembilan yang tertangguh sebelum ini, dijangka siap September depan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata pihak kementerian akan melantik kontraktor baharu bagi menyambung kerja-kerja pembinaan 659 unit kediaman yang sepatutnya siap Jun tahun lepas itu.
Beliau berkata kontraktor yang sebelum ini dilantik bagi kerja-kerja berkenaan telah pun ditamatkan perkhidmatannya selepas gagal menyiapkan mengikut jadual, dan setakat 28 Februari lepas, status siap projek PR1MA berkenaan berada di tahap 75 peratus.
"Sekarang kita perlu menunggu yang baharu (kontraktor) untuk masuk," katanya semasa mengulas perkembangan projek berkenaan pada sidang media, selepas melakukan lawatan kerja ke kawasan Parlimen Ampang di sini hari ini.
Ahli Parlimen Ampang itu turut memaklumkan bahawa projek PR1MA Tebrau, Johor yang turut tertangguh, telah mendapat Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dan kunci akan diserahkan kepada pemilik dalam masa terdekat.
Sementara itu merujuk kepada pembangunan semula kawasan Kondominium Highland Towers yang terbiar selama hampir 28 tahun, Zuraida berkata pihaknya masih menanti proses pengambilan tanah daripada kerajaan negeri Selangor selesai, sebelum perobohan dan pembersihan dapat dilakukan.
Permohonan bagi pengambilan tanah seluas kira-kira 0.8 hektar membabitkan peruntukan RM8.9 juta telah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Pada 11 Dis 1993, negara menyaksikan tragedi menyayat hati apabila satu daripada tiga blok Kondominium Highland Towers di Hulu Kelang, Selangor runtuh, dan meragut 48 nyawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PR1MA
#Parlimen
#CCC
#Highlands Tower
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan