awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
Kekosongan 3 DUN: "Harap jangan sampai PRK diadakan" - MB Perlis
Harap hubungan Bersatu-Pas kekal hingga tamat penggal - MB Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek PR1MA terbengkalai akan diteruskan semula

Sinar Harian
Sinar Harian
18/04/2021
20:50 MYT
Projek PR1MA terbengkalai akan diteruskan semula
Shahidan Kassim berkata tiada keperluan untuk membatalkan projek itu memandangkan projek tersebut berdaya maju dan boleh dijual dengan cepat. -Gambar fail
Projek kediaman Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang terbengkalai sebelum ini akan diteruskan semula.
Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata tiada keperluan untuk membatalkan projek itu memandangkan projek tersebut berdaya maju dan boleh dijual dengan cepat.
"Projek PR1MA tak perlu ditutup memandangkan rumah tersebut dibina di tempat yang strategik.
"Mungkin ada dua kes yang dilihat tidak bagus, tapi ia tidak melibatkan keseluruhan PR1MA.
"Sebagai contoh di Brickfields, projek tersebut memenuhi matlamat dan mendapat permintaan tinggi," katanya pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa bersama media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Ahad.
Tambahnya, sehingga Mac 2021, 23101 unit telah berjaya disiapkan dengan lebih 50 peratus daripadanya terjual.
Sementara itu pada majlis yang sama, Ahli Parlimen Arau itu menasihatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar mengeluarkan komen positif bagi menarik pelabur luar untuk melabur di Malaysia.
BACA: Najib perlu beri pandangan positif kepada kerajaan, bersama tarik pelabur - Shahidan Kassim
Katanya, komen yang bersifat negatif tidak akan membantu dalam menaikkan ekonomi negara yang terkesan akibat COVID-19.
"Saya minta Najib supaya beri pandangan positif kepada kerajaan dan ambil daya usaha tarik pelabur.
"Kita mesti nampakkan kestabilan politik jadi dengan cara tersebut pelabur luar akan masuk melabur di Malaysia," katanya.
Berita asal: Projek PR1MA terbengkalai akan diteruskan semula
Topic Berkaitan
#PR1MA
#Shahidan Kassim
#Projek kediaman
#terbengkalai
#Brickfields
#ekonomi
#COVID-19
#Najib Razak
#komen positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan