awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek PSI: Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman nelayan, NGO

Bernama
Bernama
11/07/2024
10:16 MYT
Projek PSI: Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman nelayan, NGO
Hakim berkata permohonan kes ini difailkan di luar masa ditetapkan dan sepatutnya dikemukakan sekurang-kurangnya sebulan lebih awal pada 1 Dis dan bukan 29 Dis 2023. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan tujuh nelayan bersama dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menghentikan projek tambakan laut Pulau Pinang Selatan (PSI).
Hakim Quay Chew Soon berkata permohonan kes ini difailkan di luar masa ditetapkan dan sepatutnya dikemukakan sekurang-kurangnya sebulan lebih awal pada 1 Dis dan bukan 29 Dis 2023 dengan mengambil kira pengumuman projek berkenaan pada 1 Sept tahun lalu.
"Oleh itu, berdasarkan tarikh di mana asas untuk permohonan itu mula timbul pada 1 Sept, hari terakhir untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman adalah pada 1 Dis (tahun sama), justeru permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 29 Dis adalah di luar masa ditetapkan.
"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati bahawa perkara ini tidak memerlukan campur tangan kerana tiada tindakan menyalahi undang-undang, ketidakwajaran atau keadaan tidak rasional mengenai kelulusan projek berkenaan.
Atas alasan ini, saya menolak permohonan semakan kehakiman ini," katanya dalam sidang video pendengaran semakan kehakiman, di sini, hari ini.
Berikutan keputusan tersebut, projek PSI kini boleh diteruskan seperti dirancang oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Permohonan itu dikemukakan tujuh nelayan, Omar Hassan, Ibrahim Che Rose, Mohd Ismail Ahmad, Mohd Shahril Rosli, Ramdzan Ishak, Azhar Najamudin, Zakaria Ismail serta Presiden Pertubuhan Jaringan Ekologi dan Iklim (JEDI), Khoo Su Nin dan Setiausaha Kehormat Sahabat Alam Malaysia (SAM), S. Mageswari.
Nelayan dan NGO tersebut memohon satu deklarasi bahawa Kebenaran Merancang yang diberikan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Pulau PInang ((PLANMalaysia )pada 21 Ogos 2023 adalah batal dan tidak sah kerana ia melanggar pelbagai peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
Mereka berusaha untuk membatalkan kelulusan tersebut dan mendakwa antara lain terdapat kegagalan mematuhi undang-undang perancangan bandar, kesilapan dalam rujukan projek dan ketiadaan penilaian alam sekitar.
Mereka menamakan Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, SRS Consortium Sdn Bhd dan Pengarah PLANMalaysia Pulau Pinang masing-masing sebagai responden pertama hingga keempat.
Peguam Theiva Lingam, Jessica Ram Binwani dan A. Lalith Kumar mewakili pemohon manakala barisan peguam persekutuan Nordiyanasari Omar, Charanjit Singh, Yeoh Cho Keong dan Chai Chin Wuen mewakili responden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Tinggi
#permohonan semakan kehakiman
#projek tambakan laut Pulau Pinang Selatan
#psi
#NGO
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan