awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek terowong RM6.3 bilion: Guan Eng hadir beri keterangan kali ketiga kepada SPRM

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
26/07/2020
02:52 MYT
Projek terowong RM6.3 bilion: Guan Eng hadir beri keterangan kali ketiga kepada SPRM
Guan Eng tiba di bangunan SPRM pada jam 10.40 pagi ditemani peguamnya yang juga Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer. -Astro AWANI/Wan Syamsul Amly
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini hadir untuk kali ketiga memberi keterangan berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Guan Eng tiba di bangunan SPRM pada jam 10.40 pagi ditemani peguamnya yang juga Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.
Guan Eng Rabu lalu hadir kali pertama ke SPRM sebagai saksi bagi membantu siasatan kes projek terowong dasar laut kerajaan Pulau Pinang.
Pada Sabtu, Guan Eng hadir kembali ke SPRM untuk membantu memberi keterangan dalam isu sama.
Pada 7 Julai lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hadir ke SPRM Pulau Pinang untuk memberi keterangan bagi projek berkenaan.
Pada 3 Julai, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya dalam fasa akhir menyiapkan terhadap siasatan projek itu.
Katanya, kertas siasatan dijangka lengkap dalam tempoh dua ke tiga minggu lagi sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya tindakan lanjut.
Projek terowong sepanjang 7.2 kilometer itu, yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai, adalah termasuk di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).
PTMP ialah projek inisiatif kerajaan negeri dengan kos dianggarkan RM46 bilion, merangkumi terowong dasar laut menghubungkan bahagian pulau ke tanah besar, lebuh raya, LRT, monorel serta rangkaian laluan bas secara menyeluruh di bahagian pulau dan tanah besar.
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow
#Lim Guan Eng
#Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang
#PTMP
#pulau pinang
#RSN Rayer
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#terowong dasar laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan