Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP didakwa telah membuat bayaran awal kepada pihak kontraktor bagi projek tiga lebuh raya yang bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di negeri ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow berkata jawapan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri Lim Hock Seng dalam Persidangan Dewan Undangan negeri pada 19 Mei tahun lepas menyatakan bahawa tanah Lot 702 telah diberi milik kepada pihak kontraktor pada 17 Feb 2015 dengan nilai RM135 juta.
Menurutnya, dalam Persidangan Dewan Undangan negeri pada 30 April 2015, Hock Seng pernah menyatakan dalam jawapan bertulis bahawa kajian kebolehlaksanaan bagi ketiga-tiga projek ini hanya mencapai prestasi 97 peratus manakala reka bentuk terperinci mencapai kemajuan 75 peratus pada ketika itu.
"Mengapakah kerajaan negeri boleh membuat bayaran kepada kontraktor pada Februari 2015 tetapi kajian kebolehlaksanaan bagi tiga lebuh raya itu hanya mencapai 97 peratus pada April 2015. Kenyataan Hock Seng jelas bercanggah dan membukti bahawa kerajaan negeri telah memberikan bayaran awal," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Projek berkenaan merangkumi Jalan Berkembar Pesisir Utara sepanjang 10.53km dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, jalan pintas Air Itam-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sepanjang 5.7km dan jalan pintas Persiaran Gurney-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sepanjang 4.075km.
Projek itu juga termasuk pembinaan terowong dasar laut sepanjang 7.2km menghubungkan Persiaran Gurney di sini ke Bagan Ajam di Seberang Perai.
Projek tersebut sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana didakwa melibatkan kos kajian kebolehlaksanaan yang tinggi dan kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri.
Ia juga menerima bantahan daripada pihak yang menyuarakan kebimbangan tentang kesan ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Sementara itu, Teng berkata BN tidak pernah cuba sabotaj projek berkenaan kerana pemimpin BN tidak pernah mengemukakan permohonan di mahkamah atau membentang usul di DUN bagi menghalang pelaksanaannya.
Beliau mendakwa kerajaan negeri sendiri yang sabotaj projek berkenaan kerana sering kali memberikan kenyataan yang bercanggah dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat.
Semalam, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri ketika ini tidak pasti sama ada projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya dapat diteruskan atau tidak selepas mendakwa disabotaj BN.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2018
CHANG YEOW: Mengapakah kerajaan negeri boleh membuat bayaran kepada kontraktor pada Februari 2015 tetapi kajian kebolehlaksanaan bagi tiga lebuh raya itu hanya mencapai 97 peratus pada April 2015?
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.