awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ProKhas KPM akan pastikan setiap pelajar Orang Asli tidak keciciran

Bernama
Bernama
21/04/2024
21:20 MYT
ProKhas KPM akan pastikan setiap pelajar Orang Asli tidak keciciran
Azman (tengah) menyampaikan sumbangan alat tulis kepada wakil pelajar Prokhas Kuala Koh sempena Program Jelajah Pendidikan Madani Sekolah Murid Orang Asli di Pos Lebir, Gua Musang, 21 Apr 2024. --fotoBERNAMA
GUA MUSANG: Kementerian Pendidikan, melalui Projek Kelas Khas (ProKhas), akan memastikan setiap pelajar Orang Asli khususnya di kawasan pedalaman mendapat akses kepada pendidikan tanpa berlaku keciciran.
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata selain dapat mengatasi dan mengurangkan masalah keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli, ProKhas berfungsi menyediakan kesamarataan untuk mereka seperti murid yang belajar di sekolah perdana.
Beliau berkata setakat ini, terdapat dua ProKhas yang dilaksanakan iaitu di Kelantan dan Perak.
"Kita ada dua ProKhas iaitu di Kuala Koh melibatkan 44 murid dan di Aring 5 melibatkan 30 murid. ProKhas dilaksanakan untuk memastikan anak-anak yang berada di penempatan yang jauh dari sekolah disantuni," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Pendidikan MADANI Sekolah Murid Orang Asli di penempatan Orang Asli Batek di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir di sini semalam.
Azman berkata pelajar terbabit tidak perlu ke sekolah sebaliknya guru akan ke kawasan mereka untuk memberikan pendidikan.
Mengulas lanjut, beliau berkata pelajar terbabit juga akan dipindahkan ke sekolah berasrama sebagai lanjutan daripada ProKhas yang diadakan tiga hari seminggu.
"Kita ada Sekolah K9 bagi murid untuk belajar daripada Tahun Satu hingga Tingkatan Tiga dan Sekolah K11 bagi Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di sekolah yang sama.
"Sehingga kini, kita dapat mengurangkan keciciran pendidikan dalam kalangan Orang Asli dan kerana itu, kita komited memastikan inisiatif ini dapat dilaksanakan kerana ia lebih praktikal untuk memastikan mereka datang ke sekolah," katanya.
Azman juga berkata usaha memujuk golongan itu mendapatkan hak pendidikan sewajarnya akan diteruskan bagi mencapai matlamat Kementerian Pendidikan untuk menyediakan pembelajaran yang setara antara murid Orang Asli dan murid di sekolah perdana.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPM
#ProKhas
#Orang Asli
#keciciran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan