KUALA LUMPUR:Pengisytiharan Proklamasi Darurat bukan bermotifkan politik sebaliknya dilaksana bagi pengurusan penularan COVID-19 yang semakin kritikal dalam negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata pengurusan COVID-19 dalam negara adalah lebih penting berbanding tindakan memainkan isu politik ketika ini.
"Ada pihak mendakwa darurat ini tindakan untuk mengelak Pilihan Raya Umum (PRU). COVID-19 adalah isu penting antara hidup atau mati manakala PRU hanya isu kalah atau menang. (Malah) ucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (sebelum ini) menjelaskan beliau berhasrat untuk mendapatkan mandat baharu melalui PRU namun keadaan COVID-19 (sekarang) tidak mengizinkan.
"Malah (sebelum ini) Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut (memberi) perkenan isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi, Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya untuk membendung penularan COVID-19," katanya ketika menjadi tetamu program Bicara Naratif bertajuk 'Proklamasi Daurat dalam Perlembagaan' yang disiarkan di TV1 malam tadi.
Justeru, Takiyuddin berkata dengan mengambil kira kepentingan awam, kerajaan membuat ketetapan untuk menasihati Seri Paduka untuk mengisytiharkan darurat.
Pada Selasa, Al-Sultan Abdullah telah memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat dilaksana di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung pandemik COVID-19.
Tempoh pelaksanaan darurat itu adalah sehingga 1 Ogos 2021 atau suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Semalam, Malaysia mencatat sejumlah 4,029 kes baharu jangkitan COVID-19, angka harian tertinggi sepanjang pandemik itu melanda negara.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata sebelum pengisytiharan darurat itu, Al-Sultan Abdullah juga telah mendapatkan pandangan Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Kesihatan dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya bagi penjelasan lengkap berhubung perkara tersebut.
Berhubung kedudukan Jemaah Menteri dan barisan pemimpin kerajaan negeri seperti yang dipertikaikan beberapa pihak, merujuk kepada Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021, beliau berkata fungsi tugas mereka tetap sama.
Katanya Seksyen 11 dalam ordinan itu memperuntukkan perdana menteri dan jemaah menteri hendaklah terus menjalankan kuasa eksekutif persekutuan dan diberikan kuasa membuat undang-undang subsidiari manakala menteri besar atau ketua menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meneruskan kuasa eksekutif dan membuat undang-undang di peringkat negeri.
Menyentuh mengenai pembentukan Jawatankuasa Bebas sepanjang pelaksanaan darurat, Takiyuddin berkata kerajaan telah mengenal pasti tokoh berkelayakan untuk dinamakan bagi menganggotainya, jika diperkenan oleh Al-Sultan Abdullah.
Beliau berkata ia melibatkan bekas Ketua Hakim Negara, bekas Ketua Polis Negara, aktivis sosial dan beberapa pakar kesihatan untuk memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Perkara pertama disentuh dalam Ordinan Darurat adalah penubuhan jawatankuasa bebas ini yang dibuat secara telus. Malah di peringkat kerajaan, kita sudah bersedia dan telah mempunyai senarai nama untuk dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda.
"Bagi pihak pembangkang, saya telah tulis surat kepada ketua pembangkang di Parlimen untuk meminta mereka menyenaraikan tiga nama bagi menganggotai jawatankuasa berkenaan namun sehingga kini, saya masih belum menerimanya," kata beliau.
Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah berkenan dengan cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan dan individu berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 16 2021

Takiyuddin berkata dengan mengambil kira kepentingan awam, kerajaan membuat ketetapan untuk menasihati Seri Paduka untuk mengisytiharkan darurat. - Gambar fail

Berita palsu vaksin: Polis sedia buka kertas siasatan jika terima laporan
Setakat ini, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung berita palsu mengenai pengambilan vaksin COVID-19.

UCL: Zidane sedar Madrid tidak beraksi baik
Madrid mendominasi penguasaan bola tetapi hanya dapat melakukan tiga percubaaan tepat sebelum Mendy menjaringkan gol pertamanya di peringkat Eropah pada empat minit terakhir.

Guardiola tuntut Manchester City lebih klinikal dalam UCL
City meraih kemenangan 2-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 UCL menentang Borussia Monchengladbach di Budapest awal pagi tadi.

Woods mula sedar, beri respon
Juara gelaran utama 15 kali itu mengalami kecederaan serius dan tanda soal mengenai kariernya mula timbul.

Niaga AWANI: AS ingin tingkatkan pekerjaan sektor pembuatan
Presiden Amerika Joe Biden menandatangani arahan eksekutif untuk tingkatkan pekerjaan sektor pembuatan di Amerika. Ini dengan meningkatkan rantaian bekalan Amerika untuk batteri, barangan farmaseutikal, dan semikonduktor.

AWANI Ringkas: Lebih setengah juta daftar untuk terima vaksin | Nabawan, zon hijau paling lama, kini zon merah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00AM).

Niaga AWANI: Program Imunisasi | Reaksi Bursa Malaysia, ringgit
Niaga AWANI membawakan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara serta perbincangan bersama Editor Projek Khas Astro AWANI tentang perkembangan semasa.

AWANI Pagi: Keyakinan dan pengurusan logistik vaksin
Bagaimana untuk menggalakkan pendaftaran vaksin dan apa persediaan bagi proses penghantaran vaksin di negeri-negeri seluruh Malaysia? Kita bersama Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM.

Keazaman rakyat kunci kejayaan kepada masyarakat bebas rasuah
Beliau berkata perubahan dalam kerajaan tidak akan menjamin kepimpinan baharu akan mengelak daripada melakukan perbuatan rasuah dan kesalahan lain.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Februari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Februari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892410/574696631614213149457_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Februari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hakim Rahman dan Hafizi Rosli.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 bermesyuarat kali pertama
Tiga pembentangan telah dimaklumkan kepada mesyuarat yang kali pertama berlangsung sejak penubuhannya pada 9 Februari lalu.

Undi18: Apa status pindaan had umur mengundi?
Undi18 desak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar menyatakan komitmen beliau dalam melaksanakan pindaan had umur mengundi ke 18 tahun.

Buku Tommy Thomas menjurus penghinaan - Takiyuddin
Buku My Story: Justice in the Wilderness" tulisan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas jelas menjurus kepada unsur penghinaan serta bersifat mala fide.

Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat mulakan lawatan ke negeri
Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat yang ditubuhkan pada 16 Jan lepas memulakan lawatan ke negeri-negeri hari ini dengan Kelantan menjadi lokasi pertama.

Darurat: PH hantar tiga nama untuk Jawatankuasa Khas Bebas
Tiga wakil tersebut ialah Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Bharu), Anthony Loke (Seremban), dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

DAP sedia kerjasama dengan Jawatankuasa Khas Bebas dengan syarat ketat - Guan Eng
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan darurat dalam usaha mengekang peningkatan jumlah jangkitan COVID-19.

Proklamasi darurat bukan bermotifkan politik - Takiyuddin
Beliau berkata pengurusan COVID-19 dalam negara adalah lebih penting berbanding tindakan memainkan isu politik ketika ini.

Kerajaan tubuh Jawatankuasa Teknikal Darurat, selaras usaha antara Persekutuan-Negeri
Jawatankuasa Teknikal itu, jelas Perdana Menteri lagi, berperanan memantau isu-isu berkaitan pelaksanaan dan pengurusan Darurat

Kerajaan PN masih sah, akan terus tunaikan tanggungjawab - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, PN dengan sokongan 110 ahli parlimen masih sah sebagai kerajaan dan akan meneruskan tanggungjawab mentadbir negara.

Pas tidak mahu terlibat dengan polemik, mahu teguhkan perpaduan
Pas bertekad memperkasakan Gagasan Muafakat Nasional (MN), di samping mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN).