Prolintas sumbang pek berbuka puasa kepada anggota polis

Najmi Syahiran Mamat
Mei 19, 2020 08:00 MYT
Pengurus Besar Divisyen Komunikasi Korporat Kumpulan Syarikat Prolintas (dua dari kanan), Katheja Begum mengedarkan pek berbuka puasa kepada wakil anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam - Gambar Prolintas
Kumpulan Syarikat Prolintas mengambil inisiatif menyumbang pek berbuka puasa kepada anggota polis dalam usaha membantu menghargai jasa petugas barisan hadapan.
Menerusi kenyataan media diedarkan, Prolintas berkata, usaha ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Ramadan Prolintas.
“Sebanyak 400 pek berbuka puasa diedarkan kepada wakil anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam,” kata kenyataan itu.
Selain IPD Shah Alam, IPD Ampang, IPD Sungai Buloh dan IPD Kajang turut menerima sumbangan serupa.
#anggota polis #ibu pejabat polis daerah #IPD Ampand #IPD Kajang #IPD Shah Alam #petugas barisan hadapan #polis #PROLINTAS #Ramadan #shah alam #sumbangan berbuka puasa