MALAYSIA
Promosi video lucah, penganggur didenda RM3,000

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM3,000 yang perlu dibayar serta-merta atau berdepan hukuman penjara. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menjual dan mempromosikan video lucah melalui aplikasi Telegram.
Ringkasan AI
- Seorang penganggur, Muhammad Ammar Azaruddin, 26 tahun, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menjual dan mempromosikan video lucah melalui aplikasi Telegram.
- Kesalahan dilakukan pada 9 April lalu dan didakwa di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya.
- Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM3,000 yang perlu dibayar serta-merta atau berdepan hukuman penjara, selepas mengambil kira rayuan tertuduh dan permohonan pendakwaan untuk hukuman setimpal.
Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, seorang pegawai polis membuka satu laman sesawang yang membawa kepada akaun Telegram milik tertuduh.
Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kandungan lucah ditawarkan dengan bayaran tertentu dan tertuduh turut menjalankan promosi untuk menarik orang ramai memuat turun rakaman berkenaan.
Timbalan Pendakwa Raya, Hench Goh, memohon hukuman setimpal kerana tindakan tertuduh mengaut keuntungan daripada perbuatan tidak bermoral itu.
“Mahkamah perlu menjadikan kes ini sebagai pengajaran kerana denda sahaja tidak mencukupi,” katanya.
Bagaimanapun, peguam Siti Sumaiyyah Ahmad Jaafar daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu hukuman ringan dengan alasan anak guamnya telah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan sama.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan denda RM3,000 dan memerintahkan tertuduh membayar serta-merta atau berdepan hukuman penjara. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami