MALAYSIA

Proses daftar masuk, kenaikan penumpang kembali normal - MAHB

Bernama 23/12/2025 | 08:15 MYT
MAHB memaklujmkan bahawa operasi daftar masuk dan menaiki pesawat di seluruh lapangan terbang kembali beroperasi seperti biasa. -Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah mengumumkan bahawa sistem pemprosesan penumpang global di lapangan terbang di Malaysia kini telah pulih sepenuhnya oleh penyedia sistem.


Ringkasan AI
  • Sistem pemprosesan penumpang global di lapangan terbang Malaysia pulih sepenuhnya oleh penyedia sistem.
  • Operasi daftar masuk dan menaiki pesawat di seluruh lapangan terbang kembali beroperasi seperti biasa.
  • MAHB dan syarikat penerbangan akan terus memantau keadaan bagi memastikan pemprosesan berjalan lancar.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

MAHB dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui platform media sosial rasminya berkata operasi daftar masuk dan menaiki pesawat di seluruh lapangan terbang telah kembali beroperasi seperti biasa.

"Pasukan lapangan terbang dan syarikat penerbangan akan terus memantau keadaan untuk memastikan pemprosesan berjalan lancar.

"Kami berterima kasih kepada para pengguna atas kesabaran serta kerjasama mereka berhadapan dengan kejadian ini," kata MAHB.


Terdahulu, gangguan sementara yang melibatkan sistem pemprosesan penumpang global yang digunakan oleh beberapa syarikat penerbangan di seluruh dunia telah menjejaskan proses daftar masuk dan menaiki pesawat di lapangan terbang di Malaysia.

Gangguan tersebut telah menjejaskan pemprosesan penumpang, mendorong syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbangnya untuk mengaktifkan prosedur keadaan luar jangka.

-- BERNAMA


Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah pengumuman terkini yang dibuat oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkenaan sistem pemprosesan penumpang di lapangan terbang Malaysia?
    A: MAHB mengumumkan bahawa sistem pemprosesan penumpang global di lapangan terbang Malaysia kini telah pulih sepenuhnya oleh penyedia sistem.
  • Q: Apakah kesan gangguan sementara sistem pemprosesan penumpang global terhadap operasi lapangan terbang di Malaysia?
    A: Gangguan tersebut telah menjejaskan pemprosesan penumpang, memaksa syarikat penerbangan untuk mengaktifkan prosedur keadaan luar jangka.



#MAHB #Sistem pemprosesan penumpang global #lapangan terbang Malaysia #Operasi daftar masuk