awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses, edar ketum: Empat anggota polis ditahan kerja

Sinar Harian
Sinar Harian
15/01/2024
09:40 MYT
Proses, edar ketum: Empat anggota polis ditahan kerja
Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kegiatan anggota berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai empat daripada enam anggota polis yang diberkas selepas disyaki terbabit kegiatan memproses dan mengedar ketum telah ditahan kerja.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kegiatan anggota berkenaan.
"Kita sudah tahan kerja empat anggota yang ditangkap, manakala individu lain yang ditahan pula (diambil keterangan) untuk membantu siasatan. Kita juga masih menunggu keputusan patologi," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Sebelum ini, media melaporkan, tujuh individu termasuk enam anggota polis ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan memproses dan mengedar air ketum.
Dalam serbuan pada 2.15 pagi, 4 Januari lalu, polis menahan empat lelaki berusia 24 hingga 38 tahun yang juga anggota polis di sebuah rumah di Brickfields.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor dilaporkan berkata, polis merampas daun ketum anggaran berat 18 kilogram dan air ketum anggaran berat 13.5 liter bernilai RM420.
Katanya, turut dirampas pelbagai peralatan memproses ketum, pakaian seragam polis serta wang tunai RM1,200.
Susulan penahanan itu, katanya, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kemudian menahan dua lagi anggota polis dan seorang lelaki awam yang disyaki terbabit kegiatan sama. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#edar ketum
#anggota polis
#tindakan tegas
#ditahan kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan