MALAYSIA
Proses gali kubur Zara Qairina dijangka jam 4 petang ini - Peguam
Proses penggalian semula kubur Zara Qairina dijangka berlangsung jam 4 petang di Sipitang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Proses penggalian semula kubur pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir dijangka berlangsung sekitar jam 4 petang ini di Tanah Perkuburan Tanjung Hubi, Mesapol, Sipitang.
Ringkasan AI
Peguam kepada keluarga Allahyarham, Hamid Ismail berkata, proses tersebut boleh dijalankan hari ini selepas permohonan menggali semula kubur dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar sekitar pukul 1.30 tengah hari.
Jelas beliau, permohonan penggalian semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, sebagai usaha melengkapkan siasatan berhubung kematian kanak-kanak berusia 13 tahun berkenaan.
"Ya, proses menggali semula kubur Allahyarham boleh dilakukan hari ini sebab tidak ada isu bantahan. Perjalanan kami dari Papar ke Sipitang dijangka dua jam, dan mungkin penggalian kubur bermula pukul 4 petang.
"Pertama sekali perlu ditentukan, ada tak unsur kecederaan pada tubuh Allahyarham melalui bedah siasat.
"Jika ada tanda-tanda itu, maksudnya siasatan mungkin sudah boleh lengkap. Tetapi jika tidak ada kecederaan-kecederaan, yang boleh dikatakan jenayah, kami akan meminta inkues," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Hamid berkata proses penggalian semula kubur Allahyarham akan turut dihadiri ibunya, Noraidah Lamat; wakil Jabaran Agama Islam Sabah; Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan wakil Jabatan Peguam Negara (AGC).
"Saya tak dapat jangka berapa lama proses menggali kubur... kerana sekarang pun cuaca tidak menentu," ujar beliau.
Pada Jumaat, AGC mengarahkan pihak berkuasa menggali semula jenazah Zara Qairina, yang dikebumikan selepas didakwa meninggal dunia akibat terjatuh dari bangunan asrama.
Menurut AGC, keperluan untuk menggali semula jenazah Allahyarham adalah bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah itu.
Mangsa yang juga pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga dan ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.
Mangsa disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu.
Ringkasan AI
- Proses penggalian semula kubur Zara Qairina dijangka berlangsung jam 4 petang di Sipitang bagi membolehkan bedah siasat dijalankan di Hospital Queen Elizabeth I.
- Peguam keluarga memaklumkan tiada bantahan terhadap permohonan dan bedah siasat bertujuan mengenal pasti unsur kecederaan yang mungkin berkait jenayah.
- Proses penggalian akan disertai ibu mangsa, wakil agama, PDRM dan AGC, susulan arahan rasmi AGC untuk melengkapkan siasatan kematian pelajar tersebut.