awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses kematangan demokrasi mengambil masa - Penganalisis

Bernama
Bernama
25/05/2018
23:28 MYT
Proses kematangan demokrasi mengambil masa - Penganalisis
Sudah tiba masanya bagi parti-parti politik untuk berubah dan tidak lagi berasaskan etnik. - BERNAMA/Fail
Disebalik peralihan kuasa secara aman kepada kerajaan baharu, proses kematangan demokrasi bukannya mudah bagi negara ini, kata penganalisis politik, Prof Dr Edmund Terence Gomez.
Gomez, pensyarah di Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya (UM) itu memberikan contoh di Indonesia dan Filipina, dua negara yang mengambil masa yang lama sebelum mereka mencapai demokrasi.
Beliau berkata sudah tiba masanya bagi parti-parti politik untuk berubah dan tidak lagi berasaskan etnik.
"Malah beberapa pemimpin daripada kerajaan pemerintah sebelum ini turut mengakui parti dengan asas seumpama itu tidak lagi diperlukan, masanya sudah tiba untuk menjadi parti lebih berasaskan rakyat Malaysia," katanya pada 'Forum Pilihan Raya Umum Malaysia 2018: Ke Arah Malaysia Baharu Progresif Pasca PRU14?' di sini, pada Jumaat.
Forum itu dianjurkan bersama oleh Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan UM, Fakulti Undang-Undang UM dan Persatuan Kakitangan Akademik UM.
Panelis lain ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-Layang, Datuk Onn Hafiz Ghazi; ADUN Sri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud; pensyarah undang-undang UM, Prof Madya Dr Azmi Sahrom dan Presiden International Movement for a Just World, Dr Chandra Muzaffar.
Sementara itu, Chandra berkata beliau berharap kerajaan baharu akan memberi perhatian pada perundangan dan dasar-dasar awam untuk menangani isu penting integriti.
"Mereka perlu menangani soal kontrak-kontrak dan projek-projek... saya tahu ini merupakan isu berkaitan integriti yang pernah dibangkitkan pada masa lalu,'' katanya.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-14, gabungan Pakatan Harapan diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad menumbangkan Barisan Nasional yang telah berkuasa selama enam dekad.
Dr Mahathir, 92, mencipta sejarah apabila menjadi Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua. Kejayaannya itu bukan setakat itu sahaja apabila beliau juga merupakan perdana menteri paling tua di dunia.
Sebelum ini, beliau menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003. -- Bernama
Topic Berkaitan
#analisis politik
#Edmund Terence Gomez
#kerajaan malaysia
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan