awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses penamaan calon di Pulau Pinang berjalan lancar

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/11/2022
09:28 MYT
Proses penamaan calon di Pulau Pinang berjalan lancar
Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semua pihak termasuk penyokong setiap parti yang hadir mematuhi arahan pihak polis yang bertugas. - Astro AWANI
GEORGE TOWN: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Pulau Pinang berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semua pihak termasuk penyokong setiap parti yang hadir mematuhi arahan pihak polis yang bertugas.
"Saya berpuas hati dengan perjalanan proses penamaan calon PRU15 di 13 kerusi Parlimen di Pulau Pinang yanga berjalan dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari tadi.
"Malah, saya sendiri meninjau proses penamaan calon di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan mendapati penyokong-penyokong parti politik menyokong penuh kepada proses hari ini," katanya pada sidamg media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, seramai 1,997 pegawai dan anggota digerakkan sepanjang proses penamaan calon merangkumi penugasan pusat kawalan PRU15, kawalan keselamatan dan aliran trafik di pusat-pusat penamaan calon.
Beliau turut mengesahkan pihaknya hanya menerima satu laporan kesalahan berkaitan pemasangan bendera dan polis sudah membuka kertas siasatan.
Bagaimanapun beliau menjelaskan, kes itu akan dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) memandangkan kesalahan itu terletak di bawah bidang kuasa pihak berkenaan.
Sebelum ini, Polis Pulau Pinang mengenal pasti Batu Kawan dan Permatang Pauh di Seberang Perai serta Balik Pulau di daerah Barat Daya, sebagai lokasi panasnegeri itu PRU15.
Lokasi itu dikenal pasti berdasarkan beberapa insiden pada PRU14 seperti kenderaan polis dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditahan.
Topic Berkaitan
#Parlimen Pulau Pinang
#Polis Diraja Malaysia
#penamaan calon
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan