KUALA LUMPUR:Proses pendaftaran sebagai penerima vaksin COVID-19 adalah sebahagian daripada membuat janji temu, demikian menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.
Beliau menjelaskan demikian melalui mesej Twitter bagi menjawab soalan mengenai alasan perlunya pendaftaran dilakukan bagi mendapatkan akses vaksin COVID-19 yang ditanya oleh seorang pengguna Twitter, Dr Ungku Shahrin @ungshah.
Menurut Khairy, individu yang telah mendaftar akan diberikan maklumat lanjut untuk proses vaksinasi.
"Mereka (individu yang mendaftar), kemudiannya akan diberikan tarikh, waktu dan tempat berdasarkan maklumat yang diberikan. Tempat tinggal mereka misalnya, mungkin tidak sama seperti di dalam alamat IC (kad pengenalan) mereka," katanya dalam mesej Twitternya hari ini.
BACA: Ikuti perkembangan berita terkini vaksin COVID-19. Klik di sini.
Dalam satu ciapan lain, Khairy menjelaskan bahawa pendaftaran mendapatkan vaksin COVID-19 perlu dilakukan agar maklumat seseorang individu itu dapat dimasukkan ke dalam sistem pengurusan janji temu.
"Kebanyakan negara, memberikan vaksinasi berdasarkan janji temu. Jika orang ramai datang (tanpa janji temu), ia pasti akan menyebabkan pembaziran masa dan tenaga kerana perlu beratur panjang. Melalui sistem janji temu, ia juga dapat membantu daripada segi logistik vaksin, seperti berapa banyak vaksin yang hendak dihantar ke sesuatu tempat itu," katanya.
Semalam, Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengumumkan bahawa pendaftaran vaksin COVID-19 dijangka dapat dibuka kepada orang ramai bermula Mac depan.
Terdapat lima kaedah orang ramai boleh mendaftar untuk mendapatkan akses vaksin COVID-19.
Ini termasuk melalui aplikasi MySejahtera, pendaftaran melalui laman sesawang JKJAV (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19) yang akan dilancarkan minggu depan, menghubungi talian hotline (nombor ditetapkan kemudian), pendaftaran secara manual di klinik dan hospital awam serta swasta dan bantuan pendaftaran dari kerajaan negeri bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 13 2021
Semalam, Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengumumkan bahawa pendaftaran vaksin COVID-19 dijangka dapat dibuka kepada orang ramai bermula Mac depan. - Gambar fail
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Selepas DJ, Khairy jadi model pula
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan dan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka.
Pempengaruh diingatkan hati-hati kendali podcast - Fahmi
Kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...
Akta Parlimen Berpenggal tidak demokratik - Khairy
Khairy berkata, cadangan Ahmad Zahid tidak demokratik tetapi jika ia usul seperti yang berlaku di UK, perkara itu boleh diperbincangkan.
Ganja dalam perubatan: Khairy serah kepada Menteri Kesihatan baharu
Keputusan sama ada penggunaan ganja dalam perubatan diteruskan atau tidak, diserahkan kepada Menteri Kesihatan yang baharu dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.