Skip to main content

Malaysia

Proses pengundian awal di IPK Johor berjalan lancar meskipun hujan lebat

JOHOR BAHRU, 7 Julai –- Hujan lebat disertai guruh secara tiba-tiba sekitar pukul 9.40 pagi hari ini tidak menjejaskan kelancaran proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.  Keadaan cuaca yang berubah mendadak itu menyaksikan anggota polis yang hadir sebagai pengundi awal bergegas memasuki kawasan pusat pengundian bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing, namun proses pengundian tetap berjalan seperti biasa mengikut prosedur ditetapkan.
Hujan lebat disertai guruh secara tiba-tiba sekitar pukul 9.40 pagi tidak menjejaskan kelancaran proses pengundian awal bagi PRN Johor Ke-16 di IPK Johor, Johor Bahru, hari ini. --fotoBERNAMA
Advertisement

JOHOR BAHRU: Hujan lebat disertai guruh secara tiba-tiba sekitar pukul 9.40 pagi hari ini tidak menjejaskan kelancaran proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Keadaan cuaca yang berubah mendadak itu menyaksikan anggota polis yang hadir sebagai pengundi awal bergegas memasuki kawasan pusat pengundian bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing, namun proses pengundian tetap berjalan seperti biasa mengikut prosedur ditetapkan.

Tinjauan Bernama mendapati pegawai dan anggota polis yang tiba di lokasi tetap mengambil peluang mengundi walaupun hujan lebat melanda kawasan sekitar IPK Johor.

Dalam pada itu, petugas media yang membuat liputan turut berkumpul di bawah sebuah khemah berhampiran pusat pengundian bagi berlindung daripada hujan, sementara menunggu keadaan cuaca kembali reda.

Bagi pengundi awal PDRM, sebanyak 12,067 orang akan mengundi secara fizikal di pusat yang ditetapkan manakala 643 lagi melaksanakan tanggungjawab melalui kaedah undi pos.

Secara keseluruhan, PRN Johor ke-16 menyaksikan sebanyak 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi DUN, dengan hari pengundian bagi 2.7 juta pengundi biasa ditetapkan pada Sabtu ini, 11 Julai.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement