[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
NATIONAL

Prosiding 1MDB kekal didengar Hakim Sequerah

Sinar Harian 18/08/2023 | 03:37 MYT
Pada Isnin lalu, Najib memfailkan permohonan supaya Sequerah (kini hakim Mahkamah Rayuan) menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB, yang dihadapinya. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menarik diri daripada mendengar kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi, di sini pada Jumaat.
Susulan keputusan itu, perbicaraan kes 1MDB kekal dibicarakan mengikut jadual yang ditetapkan.
Ketika membaca keputusan ringkasnya, Sequerah berkata, bekas Perdana Menteri itu gagal menunjukkan situasi berat sebelah bagi menggugurkannya daripada mendengar perbicaraan berkenaan.
"Saya tidak lagi berkomunikasi dengan peguam 1MDB iaitu Jasmine Loo Ai Swan sejak 15 tahun lalu, maka ia menunjukkan tiada hubungan antara kami," katanya.
Pada Isnin lalu, Najib memfailkan permohonan supaya Sequerah (kini hakim Mahkamah Rayuan) menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB, yang dihadapinya.
Perkara itu dibangkitkan selepas Sequerah, pada bulan lepas, mendedahkan bahawa beliau pernah berkhidmat dengan bekas peguam 1MDB iaitu Jasmine Loo Ai Swan, yang kini dalam tahanan polis.
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama. - Sinar Harian
#1MDB #Najib Razak #Hakim Collin Lawrence Sequerah #Jasmine Loo