awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prosiding genosid di ICJ: CENTHRA gesa kerajaan jangan jadi pemerhati pasif

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
11/01/2024
05:31 MYT
Prosiding genosid di ICJ: CENTHRA gesa kerajaan jangan jadi pemerhati pasif
CENTHRA menggesa rakyat Malaysia mengikuti rapat prosiding genosid Israel di Gaza yang difailkan Afrika Selatan serta menggunakan suara bagi memperjuangkan keadilan, sekali gus menghantar mesej jelas kepada pemimpin kerajaan seluruh dunia.
KUALA LUMPUR: Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) menggesa kerajaan untuk tidak hanya menjadi pemerhati pasif dalam prosiding lisan keadilan Palestin yang difailkan Afrika Selatan.
Pengasas dan Pengerusi CENTHRA, Azril Mohd Amin berkata, Malaysia perlu mempertimbangkan kemungkinan campur tangan dalam kes genosid terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
"Adalah penting untuk kita menyedari bahawa hari ini bukan hanya saat genting untuk masyarakat antarabangsa, tetapi juga satu persimpangan penting untuk Malaysia.
"Kerajaan Malaysia harus melangkah lebih jauh dari hanya menjadi sekadar pemerhati pasif dan perlu mempertimbangkan kemungkinan campur tangan dalam konflik kemanusiaan ini, sebagai satu tanggungjawab dan peluang untuk menyumbang ke arah mencari jalan penyelesaian dan keadilan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes genosid di Gaza yang didakwa dilakukan oleh Israel akan dibentangkan oleh Afrika Selatan di ICJ di The Hague, hari ini. Ia dijadual didengar pada 11 dan 12 Jan.
Azril berkata, Malaysia mempunyai keupayaan untuk campur tangan dalam prosiding berkenaan bagi bersama-sama menuntut keadilan buat Palestin.
Beliau berkata ICJ menyediakan dua laluan bagi sesebuah negara untuk campur tangan, iaitu di bawah Artikel 62 dan Artikel 63.
Katanya, sesebuah negara boleh mengemukakan permintaan untuk campur tangan di bawah Artikel 62 jika ia percaya kepentingan undang-undang negara boleh terjejas disebabkan kes itu.
Manakala Artikel 63 menyediakan laluan yang membolehkan sebuah negara anggota konvensyen campur tangan apabila kandungan konvensyen itu dipertikaikan.
“Dalam sejarah ICJ, percubaan campur tangan di bawah kedua-dua artikel ini adalah jarang berlaku.
"Ia sekali gus menunjukkan penglibatan aktif sesebuah negara yang berkepentingan mempunyai signifikan dan impak dalam mempengaruhi keputusan mahkamah,” katanya.
Tambah Azril, Malaysia juga boleh mengambil langkah awal dengan meminta salinan pembelaan dan dokumen kes di bawah Artikel 53(1) Status ICJ untuk memohon menjadi pemerhati aktif dan terlibat dalam prosiding yang dijalankan.
Menurutnya, prosiding di ICJ akan disiarkan secara langsung di laman web mahkamah dan United Nations (UN) Web TV.
Justeru, beliau menggesa rakyat Malaysia untuk mengikuti rapat prosiding ini serta menggunakan suara bagi memperjuangkan keadilan, sekali gus menghantar mesej jelas kepada pemimpin kerajaan di seluruh dunia bahawa mereka juga mungkin dianggap bertanggungjawab atas pelanggaran Konvensyen Genosid 1948 ini.
Afrika Selatan yang menyokong perjuangan Palestin sejak beberapa dekad lepas, memulakan prosiding di ICJ bulan lepas, memohon mahkamah antarabangsa itu menyiasat jenayah genosid yang didakwa dilakukan Israel di Gaza, dan memutuskan segera bahawa Israel melanggar konvensyen tersebut.
Topic Berkaitan
#Israel
#Gaza
#Afrika Selatan
#ICJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan