awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prosiding reman semasa PKP akan diadakan di balai polis

Bernama
Bernama
01/04/2020
21:48 MYT
Prosiding reman semasa PKP akan diadakan di balai polis
Biasanya polis akan membawa suspek ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman sehingga 14 hari bagi membantu siasatan.
Prosiding bagi permohonan reman semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diadakan di balai polis dan bukan di mahkamah.
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, dalam sepucuk surat kepada Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor, berkata Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat telah bersetuju dengan permintaan Mazlan untuk menjalankan prosiding reman di balai polis di seluruh negara.
Surat yang sempat dilihat oleh pihak media itu menyebut bahawa mahkamah perlu diberikan notis awal bagi memastikan keselamatan kakitangan dan pegawainya serta peguam adalah terjamin.
Ia turut menyatakan bahawa hak suspek untuk diwakili peguam semasa prosiding itu tidak boleh dinafikan.
Surat itu juga menyebut bahawa garis panduan berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa hendaklah dipatuhi.
Terdahulu pada Rabu, Mazlan telah menulis kepada Terriruddin untuk meminta bantuan badan kehakiman agar suspek tidak perlu dibawa ke mahkamah sebaliknya majistret dan pendaftar mahkamah dihantar ke balai polis untuk menjalankan prosiding reman sepanjang tempoh PKP.
Biasanya polis akan membawa suspek ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman sehingga 14 hari bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Terrirudin Mohd Salleh
#balai polis
#COVID-19
#garis panduan
#koronavirus
#mahkamah
#Mazlan Mansor
#notis awal
#peguam
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#reman
#Tengku Maimun Tuan Mat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan