MALAYSIA
Protes 'duduk bantah': Dua peserta himpunan sokong misi Global Sumud Flotilla ditahan
Himpunan tersebut dihadiri puluhan aktivis yang mula berkumpul di kawasan sekitar kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara pada jam 12 tengah hari hari ini. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dua peserta himpunan menyokong misi Global Sumud Flotila (GSF) ditahan oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu kota, hari ini.
Ringkasan AI
Difahamkan kedua-duanya ditahan sekitar jam 1 tengah hari selepas peserta mengadakan protes “duduk bantah” yang turut menyebabkan Jalan Tun Razak terpaksa ditutup hampir lima minit.
Seorang peserta dibawa ke IPD Wangsa Maju manakala seorang lagi tidak dapat dikenal pasti lokasi dia dibawa.
Himpunan tersebut dihadiri puluhan aktivis yang mula berkumpul di kawasan sekitar kedutaan pada jam 12 tengah hari.
Mereka berhimpun bagi menyatakan bantahan tindakan rejim zionis Israel memintas konvoi GSF pada tengah malam tadi di perairan antarabangsa yang sedang menuju ke Gaza.
Peserta himpunan sebelum itu melaungkan slogan “bebas Palestin”, “hancur Israel” dan “death to the IDF” sebagai tanda membantah sikap pasukan bersenjata Israel.
Pada jam 4 petang ini dijangka sebuah lagi kumpulan akan menyertai himpunan ini sebagai tanda solidariti kepada sukarelawan GSF.
Menurut Pusat Sumud Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) setakat jam 7.50 waktu Malaysia, 17 sukarelawan negara tidak dapat dihubungi selepas kapal mereka dipintas.
Penganjur GSF melaporkan bahawa setakat jam 12.30 tengah hari waktu Malaysia, 19 daripada 46 kapal konvoi telah dipintas oleh tentera laut Israel.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Dua peserta himpunan menyokong misi Global Sumud Flotilla (GSF) ditahan polis selepas mengadakan protes 'duduk bantah' dan menutup Jalan Tun Razak selama hampir lima minit di hadapan Kedutaan AS.
- Seorang peserta dibawa ke IPD Wangsa Maju manakala lokasi seorang lagi belum dikenal pasti; himpunan bermula sekitar jam 12 tengah hari dengan kehadiran puluhan aktivis.
- Protes diadakan bagi membantah tindakan Israel memintas konvoi GSF di perairan antarabangsa ketika menuju ke Gaza.