MALAYSIA
Protes Kampung Sungai Baru: Kekecohan operasi pengosongan tidak sepatutnya berlaku - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata beliau akan meminta Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Ghani untuk menguruskan masalah berkenaan dengan segera. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Insiden kekecohan ketika operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru di sini tidak sepatutnya berlaku kerana penduduk terjejas telah lama diberikan notis pengosongan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ringkasan AI
Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan meminta Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Ghani, yang juga dilantik mengetuai Pasukan Khas UMNO bagi penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB), untuk menguruskan masalah berkenaan dengan segera.
"Walaupun kita telah merancang untuk mengadakan konvensyen mengenai RUU PSB, kita akan tetap mengambil tindakan segera selaras dengan peruntukan dalam sistem perundangan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Global Islamic Finance Summit di sini hari ini.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Suzilme Affendy Sulaiman dilaporkan cedera di kepala dipercayai terkena balingan batu oleh individu tidak dikenali ketika mengawal keadaan dalam operasi pemotongan bekalan elektrik beberapa rumah di kampung berkenaan.
Video kekecohan yang berlaku antara pasukan keselamatan serta penduduk turut tular di media sosial.
Operasi berkenaan dijalankan susulan arahan mahkamah berhubung proses perobohan struktur rumah di kawasan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengecam insiden serangan terhadap Sulizmie Affendy, menyifatkannya sebagai perbuatan keji.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- TPM Ahmad Zahid kesal insiden kekecohan di Kampung Sungai Baru, menegaskan penduduk telah lama diberi notis pengosongan dan isu ini akan diurus segera oleh pasukan khas diketuai Johari Ghani.
- Ketua Polis Dang Wangi cedera terkena balingan batu ketika operasi pemotongan bekalan elektrik; insiden tular di media sosial dan dikecam Perdana Menteri sebagai perbuatan keji.
- Operasi pengosongan dijalankan mengikut arahan mahkamah, sebahagian daripada proses perobohan struktur rumah di kawasan berkenaan.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan meminta Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Ghani, yang juga dilantik mengetuai Pasukan Khas UMNO bagi penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB), untuk menguruskan masalah berkenaan dengan segera.
"Walaupun kita telah merancang untuk mengadakan konvensyen mengenai RUU PSB, kita akan tetap mengambil tindakan segera selaras dengan peruntukan dalam sistem perundangan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Global Islamic Finance Summit di sini hari ini.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Suzilme Affendy Sulaiman dilaporkan cedera di kepala dipercayai terkena balingan batu oleh individu tidak dikenali ketika mengawal keadaan dalam operasi pemotongan bekalan elektrik beberapa rumah di kampung berkenaan.
Video kekecohan yang berlaku antara pasukan keselamatan serta penduduk turut tular di media sosial.
Operasi berkenaan dijalankan susulan arahan mahkamah berhubung proses perobohan struktur rumah di kawasan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengecam insiden serangan terhadap Sulizmie Affendy, menyifatkannya sebagai perbuatan keji.
-- BERNAMA

#Protes Kampung Sungai Baru
#Ahmad Zahid Hamidi
#penduduk telah diberikan notis pengosongan
#OCPD Dang Wangi cedera
#terkini