Protes #LAWAN berlangsung aman

Eton Khir
Julai 31, 2021 04:27 MYT
Sekitar 400 anak muda berkumpul di ibu kota hari ini sebagai manifestasi ketidakpuasan hati bagi mendesak perubahan dalam pentadbiran negara. -Foto Astro AWANI/Eton Khir
KUALA LUMPUR: Sekitar 400 anak muda berkumpul di Dataran Merdeka di ibu kota hari ini sebagai manifestasi ketidakpuasan hati bagi mendesak perubahan dalam pentadbiran negara.
Protes dengan hashtag #LAWAN berlangsung aman, bersama kawalan pihak berkuasa agar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dipatuhi para peserta.
Peserta diminta mematuhi SOP COVID-19 termasuk mengambil suhu badan dan memakai pelitup muka.
Sumber Facebook astroawani
Penunjuk perasaan berpakaian serba hitam mulai berkumpul di kawasan sekitar Dataran Merdeka, termasuk berhampiran Masjid Jamek Kuala Lumpur.
Terdahulu, polis telah menutup beberapa laluan masuk ke Dataran Merdeka menjelang tunjuk perasaan hari ini.
Antaranya Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Hishammuddin dan persimpangan dari Jalan Kinabalu ke Jalan Sultan Hishammuddin

Sentiasa menjaga jarak SOP walaupun dalam protes #LAWAN pic.twitter.com/bW4swkykHP

— Hayatun Nisa (@neesakhir) July 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Protes #LAWAN sedang berarak dari Jalan Masjid Jamek ke Dataran Merkdeka #AwaniNews @501Awani pic.twitter.com/FK0jf1zFxK

— Hayatun Nisa (@neesakhir) July 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dilihat hadir memberi sokongan terhadap solidariti anak muda.

Jalan LRT Masjik Jamek ditutup pic.twitter.com/tftDcUDaMQ

— Hayatun Nisa (@neesakhir) July 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Setiausaha Agong Pemuda, Amir Hadi berharap Kerajaan tidak mengetepikan dan mengambil maklum akan suara anak muda.
Protes bersurai jam 1.04 petang dengan kawalan pihak berkuasa.

Protes #LAWAN bersurai jam 1.04 petang dan Astro AWANI berkesempatan menemuramah Setiausaha Agong Pemuda, Amir Hadi. pic.twitter.com/9dRNhlvKP0

— Hayatun Nisa (@neesakhir) July 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#protes #lawan #Dataran Merdeka #anak muda #SOP #COVID-19 #pentadbiran negara