[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
DREBAR

Proton berikan pemeriksaan kenderaan percuma dari 4-6 Februari

Astro Publication 04/02/2016 | 01:54 MYT
Kempen yang dijalankan bersama Petronas ini diadakan di tujuh stesen minyak di Selangor, Johor, Kedah dan Pahang.
Pemilik Proton sekali lagi mendapat faedah tambahan pada musim perayaan Tahun Baharu Cina minggu hadapan melalui perkhidmatan pemeriksaan keselamatan percuma di tujuh stesen minyak di Semenanjung Malaysia.
Kempen yang dijalankan bersama Petronas ini diadakan di tujuh stesen minyak di Selangor, Johor, Kedah dan Pahang. Dengan nama ‘ Petronas Coffee Break’, pengguna jalan raya bukan sahaja dapat berehat setelah penat memandu, tetapi boleh mengambil peluang memberi kereta Proton mereka pemeriksaan keselamatan 30 mata secara percuma.
Dijalankan daripada 4-6 Februari, dan antara 10 pagi sehingga 7 malam, pemeriksaan keselamatan 30 mata percuma ini termasuk pemeriksaan ke atas tahap cecair, bateri, bilah pengelap, penutup radiator, pengendalian pedal, sistem suspensi, sambungan stereng dan sistem 'ball joint', sistem penyejukan, bahan api dan sistem brek serta tekanan tayar (termasuk tayar ganti).
Lokasi stesen-stesen minyak Petronas yang terlibat di dalam kempen ini adalah:
Kawasan Tengah
Petronas NKVE Damansara
Petronas Lebuhraya SILK
Lebuhraya Utara-Selatan
Petronas Taman Nilam Sari
Petronas Bandar Anak Bukit
Petronas Tok Senik
Kawasan Selatan
Petronas Lebuhraya Pasir Gudang
Kawasan Pantai Timur
Petronas Bentong R&R
#Petronas #Proton servis percuma #Tahun Baru Cina