Skip to main content

Malaysia

Proton e.MAS pacu generasi baharu mobiliti elektrik

PROTON MERDEKA, credit: PROTON
14 kenderaan kontingen termasuk Proton Saga, Proton e.MAS 7, Proton e.MAS 7 PHEV, Proton e.MAS 5, Proton S70, Proton X50, Proton X70 dan Proton X90 ditampilkan dengan balutan khas slogan “Memacu Malaysia” pada perarakan Hari Kebangsaan ke-69, di Dataran Putrajaya, pada Isnin. - Foto PROTON
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, PROTON dan Proton e.MAS mengetengahkan EV sebagai sebahagian daripada evolusi mobiliti rakyat Malaysia menerusi tema “Colours of the Malaysian Spirit” dan naratif “Saya Anak e.MAS Malaysia”.

Sebagai sebahagian daripada Perarakan Merdeka, 14 kenderaan kontingen termasuk Proton Saga, Proton e.MAS 7, Proton e.MAS 7 PHEV, Proton e.MAS 5, Proton S70, Proton X50, Proton X70 dan Proton X90 ditampilkan dengan balutan khas slogan “Memacu Malaysia”.

Peralihan kepada mobiliti elektrik itu kini turut menjadi pilihan pemilik PROTON daripada pelbagai generasi.

Bagi salah seorang pelanggan Proton e.MAS, Loy Yuong Siang, penggunaan Proton e.MAS 7 didorong antara lain oleh keinginannya untuk mengurangkan jejak karbon dan pencemaran udara, termasuk dengan mengecas kenderaan di rumah menggunakan tenaga solar.

“Beralih kepada EV yang paling utamanya untuk mengurangkan jejak karbon, mengurangkan pencemaran udara sebab kalau memandu EV, saya cas di rumah, saya pakai solar, jadi saya mengamalkan amalan karbon negatif. Itu yang penting.

“EV lebih senang dibawa, lebih senang dikawal dan ebih kurang kos pengawalannya selain prestasi cukup baik untuk kegunaan harian.

“Saya sangat bangga menjadi Anak e.MAS Malaysia,” katanya.

Image
PROTON MERDEKA, credit: PROTON
Tema “Colours of the Malaysian Spirit” turut menyerlahkan kepelbagaian, perpaduan dan pengalaman seharian rakyat Malaysia dalam sambutan Kemerdekaan ke-69. - Foto PROTON

Sementara itu, seorang lagi pelanggan, Ariff Merican Din Merican memilih Proton e.MAS 7 sebagai EV pertamanya, meneruskan hubungan keluarganya dengan PROTON sejak tiga dekad lalu.

PROTON Saga yang dibeli arwah ibunya pada 1992 menjadi sebahagian daripada perjalanan hidupnya sehingga ke alam pekerjaan, sebelum beliau beralih kepada Proton Persona dan kini Proton e.MAS 7.

“Saya memilih e.MAS sebagai EV pertama saya kerana ketahanan dan kepercayaannya.

“Kereta pertama yang dibeli oleh arwah mak saya pada tahun 1992 ialah sebuah Proton Saga.

“Proton Saga membawa saya jauh sehingga ke alam pekerjaan sebelum saya menukar kepada sebuah kereta Proton Persona.

“Kini setelah berbelas tahun bekerja, saya berjaya untuk membeli EV pertama Malaysia, e.MAS 7.

“Saya sangat bangga menjadi Anak e.MAS Malaysia,” ujarnya.

Image
PROTON MERDEKA, credit: PROTON
PROTON dan Proton e.MAS mengetengahkan EV sebagai sebahagian daripada evolusi mobiliti rakyat Malaysia menerusi tema “Colours of the Malaysian Spirit” dan naratif “Saya Anak e.MAS Malaysia”. - Foto PROTON

Bagi Elvina Jo pula, Proton e.MAS 7 menjadi pilihan untuk kegunaan harian kerana cirinya yang mesra keluarga, menjimatkan kos serta menawarkan pengalaman pemanduan yang lancar dan selesa.

Sebagai seorang wanita dan ibu, faktor keselamatan turut menjadi antara pertimbangan utama dalam memilih kenderaan itu.

“Sebagai seorang wanita dan ibu saya memang guna PROTON e.MAS 7 untuk hantar anak ke sekolah dan pergi ke kerja sebab saya rasa kereta ini sangat selamat untuk wanita dan keluarga.

“Ia juga sangat menjimatkan kos, perjalanan kami juga memang jadi sangat lancar kerana elemen teknologi yang ada pada kenderaan ini menjadi pengalaman lebih selesa dan mudah,” tambahnya.

Pengalaman ketiga-tiga pelanggan itu mencerminkan naratif “Saya Anak e.MAS Malaysia” yang menghubungkan generasi pemilik PROTON terdahulu dengan generasi baharu dalam era mobiliti elektrik.

Seiring perkembangan itu, tema “Colours of the Malaysian Spirit” turut menyerlahkan kepelbagaian, perpaduan dan pengalaman seharian rakyat Malaysia dalam sambutan Kemerdekaan ke-69, selain mencerminkan bagaimana mobiliti terus menghubungkan rakyat, komuniti dan aspirasi di seluruh negara.

Must Watch Video

Advertisement