DREBAR
Proton ingin kembangkan lagi potensi Lotus di China

Dari pihak Proton, perjanjian ini telah ditandatangani oleh Tun Dr Mathir Mohamad, pengerusi syarikat sambil disaksikan Dato’ Abdul Harith Abdullah, ketua pegawai eksekutif Proton. Untuk Lotus dan Goldstar, masing-masing telah diwakili Jean-Marc Gales (ketua pegawau eksekutif Lotus) dan Zheng Qianghui, pengerusi Goldstar.
Mengikut Dato’ Abdul Harith Abdullah, “Perjanjian ini akan menghasilkan sebuah syarikat usahasama (joint venture) baharu khas untuk tujuan aktiviti R&D bagi teknologi cekap yang terkini.”
Kemudian, syarikat ini akan seterusnya menghasilkan dan menjual kereta penumpang Lotus selain memberi perkhidmatan lepas jualan di negara China.
Perkembangan ini adalah satu lagi percubaan Proton untuk memasuki pasaran China. Sebelum ini, terdapat beberapa memorandum persefahaman, JV atau perundingan yang sudah dilakukan Proton dan syarikat-syarikat tempatan seperti Youngman dan Geely.


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami